![]() |
| Sejarah Unik Pulau Tioman |
Walaupun mempunyai sikap takut kepada laut dan pantai, saya tetap teringin bercuti sambil berbulan madu di Pulau Tioman. Sejarah Unik Pulau Tioman telah menarik hati saya supaya memasukkan Pulau Tioman adalah salah satu daripada destinasi pakej honeymoon dalam senarai percutian saya. Walaupun tiada tarikh tertentu untuk sampai ke Pulau Tioman, sekurang-kurangnya Sejarah Unik Pulau Tioman telah ada dalam fikiran saya.
Sejarah Unik Pulau Tioman yang berada dala gugusan 9 pulau iaitu Pulau Tioman, Pulau Tulai, Pulau Labas,
Pulau Sepoi, Pulau Seri Buat, Pulau Tokong Bahara, Pulau Gut, Pulau
Cebeh dan Pulau Sembilang yang membentuk Taman Laut Tioman. Terletak
lebih kurang 32 batu nautika ke arah timur dari Tanjung Gemuk, Pahang,
gugusan pulau ini dan perairan di sekitarnya digazet sebagai Taman Laut
pada 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).
Jika datang ke Pulau Tioman, jangan lupa untuk singgah sekali di Pulau Renggis, Pulau Tumok, Pulau Soyak, Pulau
Tasu dan Pulau Raja, kerana kesemua pulau-pulau ini turut termasuk dalam sempadan taman Tioman Laut.
![]() |
| Sejarah Unik Pulau Tioman |
Pulau Tioman
berukuran lebih kurang 19 km panjang dan 11 km lebar. Pulau ini
mempunyai pesisir pantai lebih kurang 69 km, di mana 29 km (42%)
merupakan pantai berpasir manakala 58% lagi terdiri daripada cenuram dan
tanjung tinggi yang berbatu. Sebahagian besar pantai berpasir boleh
ditemui di pesisir pantai barat, khususnya di antara Tanjung Berhala dan
Tanjung Mesoh. Pantai kecil juga boleh ditemui di Kg Juara dan Kg
Mukut, di bahagian timur dan selatan pulau
Pulau ini
didominasi oleh bongkah granit yang meninggikan struktur batuan seperti
batu-batu granit yang terdedah dengan satu lapisan tanah yang nipis.
Bongkah batu yang terdedah boleh ditemui di pesisir pantai di Kampung
Paya, Batu Sirau (747m), Nenek Si Mukut (685m) dan beberapa tempat di
sepanjang denai ke puncak Gunung Kajang dengan ketinggian 1,030 meter.
Iklim gugusan
pulau ini adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh
di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C
atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar
90%. Musim monsun adalah di antara November hingga Mac. Pada waktu ini,
hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan
pulau ini sukar dihubungi dengan bot.
Aktiviti
ekonomi utama di pulau ini ialah pelancongan. Pembangunan pelancongan
adalah bertumpu di bahagian barat Pulau Tioman, dari Kg Air Batang di
selatan sehingga ke Kg Tekek/Tanjung Said dan Tanjung Permata.
Pulau Tioman
berkepadatan sederhana, dengan sekurang-kurangnya 9 buah kampung dan
lebih kurang 3,000 penduduk yang menetap dan bekerja di pulau, biasanya
sebagai nelayan, pekerja resort dan lain-lain. Pada kemuncak musim
kedatangan pelancong, jumlah pelawat biasanya melebihi jumlah penduduk.


.jpg)