
Petua Suami Sentiasa Melekat Pada Isteri ini adalah ilham daripada ustazah siti norbahyah mahmod. Petua mudah yang boleh kita amalkan setiap hari di dalam hidup kita.
1} P= Puji
Jadilah pasangan yang sentiasa saling memuji antara suami dan isteri. Jangan hanya puji isteri ketika isteri masak sedap sahaja. Sentiasa ucapkan terima kasih kepada pasangan apabila pasangan tolong kita dalam meringankan beban kita. Jangan berat mulut untuk puji pasangan anda walaupun dengan hanya "sedapnya sayang masak"
2} P= Peluk
Sentiasa peluk pasangan adalah kunci kebahagiaan yang paling besar dalam rumah tangga. Amalkan ketika bangun tidur dan ketika mahu tidur atau ketika mahu berpisah sekejap dengan pasangan peluklah pasangan selama 5 minit atau lebih. Lebih lama anda peluk pasangan anda, lebih panjang umur anda. Tapi umur itu rahsia Tuhan, ini hanya petua.
3} P= Penghargaan
Hargailah semua jasa-jasa dan pertolongan yang pasangan anda buatkan untuk anda dengan berikan penghargaan yang sewajarnya. Tidak salah sekali sekala bawa isteri anda makan diluar untuk membalas jasanya menjaga rumah dan anak-anak anda dengan baik.
4} P=Perhatian
Tidak kira suami atau isteri, masing-masing memang mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada pasangan mereka. Kurangnya perhatian daripada pasangan boleh menyebabkan rengangannya hubungan dalam rumah tangga kerana masing-masing terasa di abaikan.
5} P= Persefahaman
Selain dari puji, perhatian yang diberikan oleh pasangan, persefahaman antara pasangan juga amat penting dalam rumah tangga. Jika ada persefahaman maka senanglah pasangan tersebut untuk berbincang jika ada masalah yang melanda dalam rumah tangga mereka. Persefahaman adalah kunci kesabaran yang tinggi dalam rumah tangga. Selisih pendapat sikit-sikit adalah normal dan biasa.
6} P= Pergaulan
Pergaulan antara suami dan isteri mestilah dijaga dengan sebaik baiknya lebih-lebih lagi jika berhadapan dengan orang luar. Hati-hati dengan sikap mesra dan kasih sayang yang dipamerkan kerana takut-takut ada orang cemburu sehingga menyebabkan mereka bertindak dari luar batasan. Jagalah hubungan romantik suami isteri ditempat yang sewajarnya.
7} P= Percutian
Sekali sekala pergilah bercuti berdua. Kenangkan balik memori indah ketika berbulan madu dahulu. Tenangkan fikiran daripada kesibukkan kerja dan rutin harian hidup anda. Luangkan masa ketika percutian itu dengan menghidupkan kembali cinta terhadap diri dan pasangan. Hargailah pasangan anda dengan sebaiknya.
8} P= Permohonan
Petua Suami Isteri Sentiasa Melekat yang terakhir ialah Permohonan doa kepada Allah supaya Allah sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan kita. Minta Allah jauhkan keluarga kita daripada musibah yang boleh merosakkan rumahtangga yang telah kita bina dengan cinta abadi. Sentiasalah berserah kepada Allah dalam apa jua keputusan yang kita lakukan.
Doa-Doa yang boleh diamalkan :
Untuk menimbulkan kasih sayang suami isteri:
-Baca surah Al-Imran ayat ke 31 {baca selepas solat}
Untuk mengurangkan panas baran suami :
- Baca surah Al-Imran ayat ke 200 {baca selepas solat}
Tidak kira apa sahaja petua yang anda amalkan di dalam rumah tangga untuk mengekalkan hubungan yang indah antara anda isteri, binalah semuanya kerana Allah. Mintalah kepada Allah supaya Allah sentiasa pelihara keharmonian rumah tangga kita.
Jangan sesekali lalai daripada meminta kepada Allah, jangan biarkan jiwa kita kosong dari kalimah Allah, kerana dengan jiwa yang kosonglah syaitan akan mudah meresap ke dalam jiwa dan mulalah mengkacau bilaukan rumhtangga yang dibina.
Semoga Petua Suami Isteri Sentiasa Melekat ini dapat memberi manfaat kepada semua. Kepada mereka yang sedang membina rumahtangga, kepada mereka yang sedang menjaga rumahtangga dan kepada yang sedang mempertahankan rumah tangaa. Semoga segala usaha kita terhadap rumhtangga kita akan mendapat balasan yang baik dari yang Esa.
.jpg)