Lepas seorang seorang. Itulah tuah menjadi lelaki bernama Johan As'ari. Jika sebelum ini beliau pernah di gandingkan dengan Fasha Sandha dalam drama Cinta Elysa, sebagai musuh Nabila Huda dalam Pelangi Kasih dan kekasih tidak menjadi dengan artis Izreen Asminda dalam drama Juvana. Kini tibalah giliran Siti Saleha pula untuk merasai tempiasnya bercinta dengan Johan As'ari.

Gandingan Siti Saleha dengan Johan As'ari ini adalah menerusi filem Pencinta pasti akan menambahkan lagi gosip kepada Johan As'ari. Namun, Johan melihat isu ini dengan positif kerana beliau sendiri sudah lali dengan gosip-gosip liar sebegini.
Menurut Johan As'ari :
"Memandangkan sebelum ini saya sering digosipkan bercinta dengan
pelakon-pelakon wanita yang berganding dengan saya, maka saya juga sudah
bersedia untuk dikaitkan dengan Saleha.
"Saya tidak boleh menolak persepsi orang yang akan berkata macam-macam walaupun sudah diberikan penjelasan.
"Dan gosip-gosip cinta seperti ini akan lenyap dengan sendiri jika
apa yang perkatakan itu tidak benar," katanya yang sedang menjalani
penggambaran Pencinta, arahan Khir Rahman.
"Alhamdulillah, dalam masa setahun sahaja saya dikenali ramai. Semua ini kerana Juvana dan sedikit sebanyak gosip yang melanda juga mempengaruhi populariti tersebut.
"Walaupun orang sering berkata seseorang artis itu mudah tersungkur
jika terlalu cepat popular, saya harap ia tidak berlaku kepada diri
sendiri.
"Kalau boleh saya ingin menjadi orang popular kerana menjadi yang
terbaik. Saya percaya, jika bekerja dengan ikhlas dan selalui ingat
Tuhan, InsyaAllah, karier kita akan berjalan dengan lancar," tuturnya.
.jpg)
