![]() |
| Jalan Bengkok menuju ke colmar |
Demi memenuhi kehendak hati, suami dan saya telah membuat trip perjalanan ke The Colmar @ HoneyMoon The Colmar | Bukit Tinggi Part 1. Nyata, trip yang dibuat last minute ini akhirnya mengundang padah kepada diri sendiri...
Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari kuantan ini memang memboringkan.haha..jika anda dari kuantan pahang, bawa kereta terus sehingga jumpa tol bentong, jalan lagi dalam 5 km anda akan nampak EXIT BERJAYA HILL HOTEL di sebelah kiri, terus sahaja ambil jalan tersebut dan selamat memandu. perjalanan ini mengambil masa selama 30 minit dari simpang masuk hingga ke The Colmar.
Jalannya memang bengkang bengkok, jika anda peloya, sila sediakan beg plastik siap-siap. Takut muntah. Walaupun saya tidak sediakan plastik, nasib baik dalam handbeg sudha ada minyak cap kapak, selamat. senyum.
![]() |
| jalan ke taman haiwan |

Setelah sampai di atas, kami tidak terus ke The Colmar, Sebaliknya kami berehat sebentar di taman haiwan. sekadar melihat. Plan pertama ialah ingin mencari tempat penginapan. Ditambah dengan keletihan, rasa macam tidak seronok je kat atas bukit tinggi nie.hihi
![]() |
| Taman Haiwan |
Oleh kerana tajut ada ular didalam taman haiwan bukit tinggi, saya memilih untuk melihat dari jauh sahaja. Lihatlah padang golf yang terletak di sebelah taman haiwan ini. memang bersih. tapi besh ke main golf tepi taman haiwan, tak bau busuk ke?
![]() |
| papan aktiviti |
Disini telah disenarikan beberapa jenis aktiviti-aktivi yang disediakan di The Colmar. Malah ada Map sekali. Pasti tidak sesatnya.
![]() |
| Ruang menunggu |
Walaupun kelihatan tidak begitu banyak haiwan yang ada, tapi pelancong yang menunggu giliran untuk masuk ke dalam taman haiwan ini memang tidak kurang ramainya. muda, tua, lelaki, perempuan,kanak-kanak , mat saleh dan mat saleha masing-masing berlumba-lumba berbaris menunggu giliran.
![]() |
| paintball warzone |
Bila sudah puas berada di Tman Haiwan, barulah kami meneruskan perjalanan ke The Colmar @ HoneyMoon The Colmar | Bukit Tinggi Part 1.. Ini adalah signboard paintball warzone yang diletakkan ditepi jalan untuk menarik minat pelancong untuk mencubanya. Harga yang dikenakan agak tinggi pada saya. Disarankan bermain dalam kumpulan, kerana harganya lebih murah.
![]() |
| Canopy Walk |
Selain daripada aktiviti paintball warzone,aktiviti Canopy Walk juga turut disediakan. pastikan anda bukan seorang pengayat ok. kerana saya melihat tempatnya agak tinggi. lantas mematikan hasrat saya untuk mencubanya.
![]() |
| Adrenaline Fueled Adventures |
Kesemua aktiviti Adrenaline Fueled Adventures ini seharusnya anda cuba jika anda memang penggemar aktiviti lasak. Namun, satu pesanan penting pihak dari pengurusan. PASTIKAN ANDA TIADA SEBARANG PENYAKIT YANG BERBAHAYA, SEGALA RISIKO DIBAWAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI DAN TIDAK DIBENARKAN MELAKUKAN SEBARANG TUNTUAN MAHKAMAH.
![]() |
| harga tiket masuk The Colmar |
Lepas puas menjamu mata disepanjang jalan yang bengkok, akhirnya kami sampai dipintu masuk The Colmar Tropicale. Harga tiket masuk The Colmar hanya rm12.00 sahaja dan anda boleh guna selama satu hari. anda boleh keluar masuk mengikut suka anda, yang penting anda kena simpan tiket elok-elok.
![]() |
| Peta arah selepas bayar tiket |
![]() |
| The Colmar Tropicale dari jauh |
Lepas pintu masuk, anda kena pandu lagi selama 3 minit, sehinggalah anda nampak bangunan The Colmar @ HoneyMoon The Colmar | Bukit Tinggi Part 1.. Jika anda ingin lepas dari pak guard di sini, cakap je anda ingin check in hotel, jika anda cakap anda mahu melawat, anda akan disuruh tinggalkan kereta anda di The Chateaw dan anda perlu berjalan kaki ke The Colmar. Ini pasti memenatkan.
Pertama kali dapat melihat bangunan The Colmar : HoneyMoon The Colmar | Bukit Tinggi Part 1. memang rasa begitu teruja sekali. Itu belum masuk kat dalam lagi. Ikuti sambungan seterusnya HoneyMoon The Colmar | Bukit Tinggi Part 2 tidak lama lagi.











.jpg)