
Mencari bilik penginapan di sekitar pusat Latihan DBKL Bandar Tun Razak , Cheras Selangor? Di International Youth Centre adalah tempatnya. Hanya beberapa minit sahaja dari pusat Latihan DBKL Bandar Tun Razak .



Bilik yang kemas dan bersih. Tuala, tilam dan cadar berbau wangi sekali. Hidung pun taklah pedih ketika tidur. Tapi..bantal dan tilam agak keras. Sakit belakang lepas bangun tidur.

Memilih katil bujang menjadi tradisi kami suami isteri. Kalau penat-penat, tidur lain-lain katil baru besh. Tiada gangguan. Bahagia.



Tandas memang bersih. Memenuhi kehendak hati. Kalau kotor, memang bisinglah mulut saya ni. Tapi yang tidka besh, toilet dan shower dalam satu tempat. Macam tak sedap nak melabur. senyum.

Satu-satunya bilik penginapan yang sediakan sabun dan syampoo dalam ebntuk begini. sah-sah tidak boleh bawa balik. Biasanya selalu jumpa yang packing biasa sahaja. kalau tidak guna, boleh bawa balik rumah sahaja. Kedut betul. Kejam.
Jika anda ingin menyewa di International Youth Center ini, maklumat di bawah ini mungkin membantu anda :

Location Map untuk ke International Youth Centre. Tempat yang dekat Hosiptal UKM. Kalau ikut betul peta insyallah akan sampai.
Kadar sewa bilik yang disediakan serendah RM80.00 semalam. Sebenarnya agak mahal pada saya, tapi oleh kerana disini satu-satunya tempat penginapan yang ada. nak tak nak kenalah sewa juga.
.jpg)