walaupun telah seminggu berlalu..kengerian dan kesakitan keguguran itu masih jelas terasa. nak cerita rasa payah, rasanya hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang dapat memberikan jawapannya.
syira : sakit tak nak gugurkan bayi ni?
Doktor : sakit sikit je, sakit macam sengugut.
syira : saya tak tahu, saya tak pernah kena sengugut.
Doktor : nak jadi ibu kena kuat..awak bolehnya.
syira : ada jarum x?
Doktor : ubat kecik je, masuk dengan tangan je.
tidak sampai satu saat, selepas baring dan buka mana yang patut, Doktor cakap, siap dan berehat on bed selama 1 hour. Jangan bangun, takut ubat jatuh. waktu ubat dimasukkan ialah jam 6.15 pagi, maknanya saya kena berehat sehingga jam 7.15 pagi...
saya cuba baring dan mendapatkan ketenangan. saya takut untuk menunggu kesakitan itu datang...akhirnya, belum cukup 1 jam..kesakitan itu menyerang. rasa macam nak tercabut antara dua badan. ketika itu, saya menangis tanpa henti, menangis menahan kesakitan yang amat sangat.
saya masih ingat, kaki rasa nak tercabut kebawah manakala bahagian perut dan keatas mahu tertarik ke atas. saya memegang tangan nurse yang ada disisi saya. saya pegang sekuatnya. saya ingat, nurse mengajar saya menarik dan menghembus nafas bagi menghilangkan kesakitan itu.
badan saya sudah bermandi peluh. tilam saya sudah lebuk saya gilis. berkali-kali saya pergi ke toilet atas kerana terasa mahu kencing dan buang air besar. sampaikan saya jatuh tersungkur dan tidak mampu bangun lagi kerana amat sakit. saya sudah lupa tangan nurse mana yang saya ramas menahan kesakitan. yang saya ingat, nurse-nurse masing-masing bertungkus lumus menenangkan saya.
akhirnya...ubat tahan sakit diberikan kepada saya. sebaik sahaja mendapat ubat tersebut, saya terus gelap. tertidur atau pengsan , saya sendiri tidak pasti. yang saya tahu, mata saya amat berat untuk melihat.
saya sedar jam 2.30 petang..masa itu saya sudah merasakan yang janin saya sudah mahu keluar. saya dapat rasakannya. dan saya amat takut untuk pergi ke toilet. akhirnya saya minta nurse temankan saya. nurse nasihatkan saya buang air kecil di bawah sahaja dan bukan dimangkuk tandas kerana takut janin saya akan jatuh dalam lubang.
saya menurut sahaja. sebaik sahaja saya duduk dan bersedia untuk membuang air, tiba-tiba janin saya jatuh , kerana terkejut saya berlari meminta tolong..air mata saya tidak mampu ditahan. saya menangis antara sedih dan takut. darah mengalir dengan begitu banyak sekali. dan yang pasti.. kesakitan yang saya rasai pagi hilang sama sekali.
setelah membersihkan diri, Doktor sekali lagi memeriksa rahim saya. darah dalam rahim saya juga dibersihkan. rasa seriau dapat dibuang sedikit. dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.
pengalaman ini, mungkin biasa kepada orang lain. tapi pada saya yang amat takut pada darah ini, ngeri sekali rasanya. rasa takut sangat. lama juga masa yang perlu diambil untuk memulihkan perasaan ini.
sekadar luahan :)
- keguguran..
- Jenis-jenis keguguran di malaysia.
- Cara berpantang akibat keguguran.
- "sayang izinkan abang kahwin lain"
- Ramli akan buat ayah bangga..
- Saja-saja: Tak perlu menghentam kalau tak suka..
- Tuhan..fahamilah perasaanku ini..
- aku mengeluh resah
.jpg)