Lauk yang bagus semasa berpantang!

on Saturday, April 21, 2012

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

 
lauk yang bagus semasa berpantang

bosan kan kalau asyik makan lauk yang sama setiap hari. tambah pula bila tekok ni asyik demand benda yang bukan-bukan , terpengaruh dengan iklan McD bila burger yang rm4.90 jadi rm2.50 atau terpengaruh dengan iklan KfC, belian dengan belian diskaun 50%, mana tak terliur kan. godaan itu, biasanya masa sakit memang kuat.

so anda boleh pilih anda mahu yang mana... boleh cuba resepi di bawah ini jika inginkan kelainan.. kesian suami, bila isteri berpantang, dia pun turut sama berpantang, nak masak lauk lain, tak bagi. maybe dia takut kita tergoda kot..hehe
 
1.Ikan sardin perap halia 
Bahan-bahannya :
  • 2 ekor ikan sardin/selayang
  • halia di hiris panjang
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam beriodin
Cara membuatnya
Campurkan halia+kicap+kunyit+garam gaul bagi sebati dan lumurkan ikan, biarkan selama 10 minit. Bakar di dalam kuali sehingga ikan masak. siap untuk di makan.
 
2. Ayam masak zaitun
Bahan-bahannya
  • isi ayam
  • halia di potong panjang
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • 1/2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh garam beriodin
  • Air secukupnya
Cara membuatnya
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masakkn ayam hingga masak dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Masukkan garam + kicap. Tunggu hingga ayam masak. siap untuk di hidang.
 
3.Sup Ikan haruan
Bahan-bahannya
  • 1 ekor ikan haruan potong 2 @ 3
  • 2 cawan air
  • 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
  • 1 ulas bawang besar – di mayang
  • 1 ulas bawang putih – di tumbuk
  • halia – di tumbuk
  • Garam secukup rasa
Cara membuatnya
Bersihkan ikan sehingga tiada bau hanyir. Guna asam jawa atau daun limau purut untuk hilangkan hanyir ikan. Ketepikan.
 
Masukkan air didalam periuk, rebus hingga mendidih. setelah mendidih masukkan pula lada hitam+bawang besar+bawang putih+halia dan garam. atau anda boleh menumis bahan-bahan di atas dengan menggunakan minyak zaiton kemudian baru masukkan ke dalam air yang telah direbus bersama ikan haruan tadi.  tapi syira memang tidak mahu guna minyak.hehe
 
Bila semua sebati, masukkan ikan haruan yang telah dipotong tiga. masak hingga ikan haruan benar-benar masak. siap untuk dihidang.
 
4. Ikan bilis berbawang lada hitam
Bahan-bahannya
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
  • 1 ulas bawang besar – di mayang
  • halia – di tumbuk
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak zaiton
Cara membuatnya
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga sedikit rangup, ketepikan. Dengan gunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar+lada hitam+halia+garam, goreng sehingga bawang layu.

Setelah itu, masukkan kembali ikan bilis tadi dan kacau 1 @ 2 minit hingga sebati. angkat dan siap untuk di makan.

sekian, lauk yang bagus semasa berpantang ini di amalkan sendiri oleh syira. rasanya tidak susah untuk makan makanan yang enak walaupun ketika berpantang, asalkan kita tahu mana yang boleh dan tidak boleh diambil oleh kita.



jaga kandungan anda ;)

  1. Cara berpantang seorang diri!!
  2. Lulur badan paling mudah!!
  3. Sadis !! Pengalaman Gugur.
  4. "sayang izinkan abang kahwin lain"
  5. emosi
  6. Jenis-jenis keguguran di malaysia.
  7. Cara berpantang akibat keguguran.
  8. keguguran..


Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved