emosi yang tidak menentu datang bertubi-tubi. rasa sedih dan kecewa serta hampa, marah dan buntu datang bertali arus. semuanya seolah-olah tidak kasihankan diriku. saya sedih dan kesedihan itu terlalu sukar untuk di ceritakan kepada sesiapa sahaja. emosi yang turun naik sukar lagi untuk mengerti.
rasa berpantang seorang diri, berpantang kerana keguguran..suatu yang amat mencabar. rasa bercakap seorang diri mula datang menjengah. buat apa berpantang? tidak rasa sakit pun? kalau nak berpantang , anaknya mana? kalau difikir rasa mahu menangis je. tapi...ujian itu datang kerana Tuhan sayang kita.
memang bosan jika asyik terperap dalam rumah sahaja. suatu malam. saya ajak suami saya keluar, melihat sungai kuantan. dengan berbekung, berstoking tebal dan bersweater, saya berjalan melihat keindahan malam. namun, saya tidak mampu menahan sebak ketika melihat baby-baby kecil didukung, di acah , dicium dan di peluk erat oleh ibu-ibu mereka. saya hiba,. tanpa saya sedar...air mata saya mengalir lagi.
dan..suami saya cukup benci dengan keadaan itu.. dia paling tidak suka melihat saya menangis..dia paling benci melihat air mata saya mengalir. beliau sering kata yang saya wanita yang kuat. wanita yang hebat. wanita yang boleh hadapi semuanya dengan tabah...dan air mata itu mesti dihapusi. yea..saya harus kuat..kuat demi kebahagiaan keluarga saya.
yea...saya inginkan anak..tapi sumpah...saya fobia dan takut untuk hamil lagi.. tidak mampu rasanya untuk melalui kesakitan yang sama buat kali kedua.. sesekali, saya cuba berfikir positif,, sakit itu cuma sekejap...namun...seriau yang datang dalam hati lebih menebal. lalu saya berkata dalam diri. biar masa yang menentukan segala-galanya..
anda baca, anda berilmu :)
- Jenis-jenis keguguran di malaysia.
- Cara berpantang akibat keguguran.
- keguguran..
- Diari Ibu : petua anak kembar.
- Diari Ibu : Susu Dumil ?
- Petua : cara dapatkan anak lelaki
- Petua : Dapatkan anak lelaki Or Perempuan.
.jpg)