Diari Ibu : petua anak kembar.

on Saturday, March 31, 2012

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..


siapa ada tengok nona minggu lepas? ceritanya anak kembar dan syira tertarik dengan sebuah pasangan ini, anak sulung kembar 3 dan bila mengandung kali kedua kembar 2, lengkap, dua kali mengandung dapat 5 orang anak, lepas tu terus tutup ladang, tak perlu susah-susah nak mengandung lagi. kejam kah? tapi itulah yang bermain difikiran syira.

lantas syira tertanya-tanya.siapakah ada petua yang paling berkesan untuk dapatkan anak kembar? tidak kiralah kembar 2 atau kembar 3, yang penting kembar, tapi tak naklah smapai kembar 5...huhu

kebetulan si suami pun lihat sama rancangan nona untuk segmen kembar ini. memang macam-macamlah pandangan dan konflik yang ditimbulkan.

suami : kalau kembar 3 ni, masa awal-awal ni banyak belanja sikitlah, sebab sekaligus kan.

syira : memanglah, tapi lepas tu boleh postpone dulu nak mengandung lain.

suami : kalau menangis ni memang payah, kembar 2 pun dah payah kan.

syira : kalau suami jenis ringan tulang tak pe kot, tapi kalau jenis tulang gajah tu, mayb bini dia boleh meroyan kot. nak nak masa berpantang tu gigi sakit lak.

suami : apa kait dengan gigi sakit lak.

syira : buat cerita, sedap sikit .hehe

suami : tapi orang kata sakit kalau anak sulung beranak kembar

syira : kalau beranak sorang tak sakit ke? sakit gak kan? baik kembar terus.

suami : baka tak ada kembar ni, nak sangat kembar, doa jelah..

dan kami sama-sama senyum. sebenarnya, perasaan gentar dan takut amat dalam dan kuat dalam diri ini. syira memang tabik spring besi kepada ibu-ibu yang berani mengandung dan bersalin itu, sedangkan syira setiap hari mengira hari dan waktu sambil membina kekuatan diri. yea.syira amat takut.

rasa diri ini tidak kuat untuk menempuhi itu semua. rasa takut, seram, seriau dan sebu semuanya ada. hanya doa yang mampu menjadi peneman setia. nyata, untuk memegang title ummi, ibu, bonda, mak tidak semudah bicara mulut, tidak seindah angan-angan minda, nyata ia perlukan sejuta pengorbanan yang penuh dengan keikhlasan.

namun, hati ini tidak dapat menipu realiti. jauh di sanubari jiwa, bibir ini mengukir senyuman, title ummi, ibu, bonda atau mak bukan lagi khayalan. semuanya akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. tidak kiralah menjadi bonda kepada anak kembar atau tidak, yang penting, saya mahu menjadi bonda yang terbaik untuk anak saya nanti.

syira qahira : pantang ada waktu terluang, syira pasti gosok perut sambil membaca Doa untuk mendapatkan anak kembar :-. syira tidak tahu keberkesannya, namun syira ingin berusaha selagi benih ini masih berada dalam perut ini. mana nak tahu, berkat usaha, Allah beri ganjarannya.


Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved