siapa yang pinta perkahwinan yang dibina itu akan berakhir dengan perceraian jika cinta itulah yang menyatukan hati kita dahulu. tiada siapa juga yang pinta jodoh kita akan berakhir begini...perpisahan ini...walaupun amat menyakitkan..namun ini adalah hakikat yang harus diterima dengan tenang.
buat pasangan yang telah bercerai...tolonglah...tolonglah jangan pisahkan anak-anak daripada ibu atau ayah mereka. jangan jadikan perpisahan anda sebagai alasan anda memisahkan mereka juga.
buat ibu, buat ayah, jika salah seorang dapat hak penjagaan anak, tolonglah jangan kongkong anak itu umpama anak itu anak anda seorang...renungkanlah balik, jika tiada percantuman sperma dan ovum pada awal-awal dulu....anak-anak itu tidak akan lahir...
buat apa anda mahu pisahkan anak-anak daripada ibu mereka, dari ayah mereka, insaflah...jika anda gagal untuk menjadi suami atau isteri yang baik.... jangan sampai anda juga gagal menjadi ibu atau bapa yang gagal kepada anak-anak anda.
jangan diracuni fikiran mereka dengan hasutan yang akhirnya nanti akan memakan diri anda sendiri...bentuklah mereka menjadi insan yang tidak akan merasa kekurangan walaupun mereka tiada ayah atau ibu disisi... binalah kehidupan mereka yan glebih positif. jangan jadikan cemburu dan amarah anda sebagai alasan anak-anak anda terpisah dengan yang hak.
buat ibu atau bapa yang telah bercerai.... fikirlah kembali dengan apa yang telah anda lakukan. jangan sampai anda ulangi kesilapan kali kedua dalam hidup anda.. tolonglah..tolonglah...jangan jadikan anak sebagai mangsa... jangan seksa anak-anak dengan dugaan yang tidak mampu mereka tempuhi...
sebagai orang yang lebih dewasa..anda sewajarnya perlu memikirkan sesuatu yang lebih matang supaya anak-anak akan hormat anda sebagai ibu atau bapa...
maka...hargailah perkahwinan itu selagi mampu...jangan jadikan apa sahaja alasan untuk anda meleraikan perkahwinan itu...kerana masalah itu daripada Tuhan....dan pastinya DIA juga turut sediakan penyelesainya yang terbaik selain daripada BERCERAI....
Bingkisan 


Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!