mula-mula memang senyum sorang-sorang la layan citer vanila coklat ni.. seronok je tengok part amir dan zara bermanja... zara nampak comel je bila merajuk dan amir nampak macho je bila sengaja sakitkan hati zara... wah..kalau laki syira tengok ni..mesti kena mapuh dah syira ni.. dia memang pantang kalau syira ni layan jiwang.hahaha...
bermula dengan zara excident dan kena sedikit rawatan. disusuli dengan keluarga amir dan keluarga zara begitu happy melihat anak dan menantu mereka akhirnya jatuh cinta.. lantaran kerana itu... mereka merancang untuk mengumumkan pernikahan amir dan zara kepada orang ramai.
mak cik amir pula blur-blur je sebab tidak tahu cerita asal. dan kedua-dua belah keluarga ini pula tidak mahu bercerita panjang kepada mak cik amir ni. akhirnya mak cik amir balik juga ke london. zaralah yang paling sedih. amir sedih juga, tapi cover lak.hahaha...
amir dan zara pun jemputlah kawan-kawan mereka datang ke event mereka tu...dan nyata liyana [gadis yang amat tergila-gilakan amir] dan kamal [ lelaki yang tergila-gilakan zara] amat marah dan terkejut dengan berita tersebut.
lantas liyana telah sepakat dengan kamal untuk rosakkan kebahagiaan zara dan amir... liyana telah letakkan pil dalam air amir manakala kamal pula memasang umpan supaya zara pergi mencari amir... amir ketika itu pening dan liyana telah membawa amir ke kamar tidur amir...
nyata perempuan cantik seperti liyana itu tiada harga diri. sanggup mencalarkan diri sendiri kerana cinta.... rasa bencilah...tiba-tiba je ada stunt macam ni...macam panjang lagi je citer ni... harap-harap happy endinglah walaupun hakikatnya syira memang tahu citer melayu kalau hero dan heroin tidak bersama mereka akan mati.hahaha..
Bingkisan 


Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!