pernah cuba resepi ini?
atau pernah cuba resepi ini? resepi peachy cheese cake
atau anda pernah gabungkan kedua-duannya sekali untuk kelainan? hahaha.....cubalah resepi ini selera tekak anda yang manja itu..
BAHAN-BAHAN UTAMA
CARA-CARA PENYEDIAANNYA
Langkah 1 :
100gm biskut marie [perisa coffe]
100gm butter [cairkan]
- Hancurkan biskut di dalam tuperware. guna je lesung batu...hahaha...bila sudah hancur...masukkan mentega yang telah dicairkan dan gaul hingga sebati.
- Tekan bagi mampat agar biskut ini menjadi tapak yang kukuh.
- Simpan di dalam peti sejuk untuk pengerasan sementara.
Langkah 2:
100ml air panas
- Rendam geletin di dalam air panas dan biarkan sehingga geletin ini betul-betul kembang sebelum digunakan.
- Biarkan seketika.
Langkah 3:
- Pukul whipping cream dengan mix hingga pekat dan kembang. Pukul dalam 5 minit je @ memang dah nampak kembang. Jangan sampai over mix lak, nanti rosak whipping cream tu..
- Biarkan seketika.
Langkah 4:
250gm cream cheese brand tatura
120gm gula castor
100ml plain yogurt
- Pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang.
- Masukkan plain yogurt dan geletin yang telah di rendam tadi.
- Putar hingga sebati.
Langkah 5:
1/2 sudu kecil cappuccino emulco
1/2 sudu kecil chocolate emulco
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian... ikut sukalah nak sama banyak atau coklat lebih ke...ikut suka tekak masing-masing lah yea.....
- 1 bahagian masukkan perisa coklat dan kacau hingga sebati.
- 1 bahagian lagi masukkan perisa cappuccino dan kacau hingga sebati.
Langkah 6:
- Curahkan adunan coklat ke atas tapak biskut marie yang telah kita buat dalam Langkah 1 pertama tadi. Ratakan. Simpan di dalam petisejuk lebih ebih kurang dalam 5 minit.
- Lepas dah keras, curahkan adunan cappuccino pula ke atas adunan coklat tadi. ratakan.
- Bolehlah taburkan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan atau kacang hazel.
- Simpan di dalam peti sejuk semalaman. [petua mudah: buat malam, bangun pagi terus boleh ngap]
p/s: kesimpulan yang dapat syira simpulkan disini ialah....ketiga-tiga kek diatas iaitu - Tiramisu kasih :) - Oreo cheese cake - resepi peachy cheese cake lebih sedap berbanding tiramisu coklat dan cappuccino ini... nak tahu rasanya macam mana? cubalah buat sendiri dirumah anda ;)



Bingkisan 


2 comments
alamak syira pandai buat kek lak ye .. akk cadangkan gambar kek tu dibesarkan lagi boleh akk cuci mata ahaks..
nanti nak suruh wafi buat lepas nie,,
Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!