Polis Malaysia:Jangan menyibuk kes gaduh KFC I-City..

on Sunday, February 12, 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

kakitangan KFC tendang pelanggan di I-city

KERATAN Kosmo! 9 Februari 2012.


GEORGE TOWN – Polis semalam memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak berkaitan dengan kejadian pergaduhan di restoran KFC I-City, Shah Alam Isnin lepas supaya tidak campur tangan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, isu itu hanya membabitkan pelanggan dan syarikat restoran berkenaan.

“Pihak-pihak yang tidak terlibat dalam insiden itu tidak harus masuk campur atau cuba memanaskan keadaan dengan menghasut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rakan Cop Remaja anjuran Polis Pulau Pinang di Padang Kota di sini semalam.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang pelanggan dan pekerja restoran berkenaan disebabkan ketiadaan bekalan ayam goreng, namun ada yang mendakwa pergaduhan itu berlaku akibat timbulnya elemen perkauman.

Khalid berpendapat, perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan.

“Sebenarnya polis juga tidak perlu campur tangan dalam hal ini kerana tiada yang cedera, melainkan ada orang yang cedera dan laporan polis dibuat,” katanya.

 

p/s :sadisnya bila pelanggan kena tendang macam ni..padahal gaji yang beliau dapat tu adalah daripada pelanggan jugak...ingat!!! pelanggan sentiasa betul apabila kita jadi penjual...

 

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan Polis Malaysia:Jangan menyibuk kes gaduh KFC I-City.. di karang oleh sissyira Pada Sunday, February 12, 2012. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO