Kosmo : Cuepacs yakin masalah SBPA selesai awal.

on Wednesday, February 15, 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

14/02/2012 8:43pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada Cuepacs.

"Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini hari ini.

Beliau berkata, selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini. - BERNAMA

 

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan Kosmo : Cuepacs yakin masalah SBPA selesai awal. di karang oleh sissyira Pada Wednesday, February 15, 2012. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO