Idea Romantik - Cinta Kita Part 6-
Cinta Kita 81 Berikan masa kepada pasangan untuk dirinya sendiri. Sekiranya pasangan anda ingin ke spa, beri keizinan untuk dia memanjakan dirinya. Anggaplah pasangan juga memerlukan ruang untuk bersendirian. Jangan desak si dia untuk menurut kehendak anda setiap masa.
Cinta Kita 82
Cipta kejutan istimewa apabila tiba hari lahir pasangan anda. Beli beberapa tangkai mawar merah mengikut kiraan umur si dia, bahagikan jumlah mawar tersebut kepada dua bahagian, kemudian rancang untuk bertemu dengannya di kompleks membeli-belah. Sebagai kejutan, pastikan anda tiba di sana terlebih dahulu daripada pasangan kemudian sembunyi pada tempat yang hampir pada lokasi temu janji anda. Minta bantuan orang yang lalu-lalang untuk menyampaikan bunga kepadanya dengan ucapan selamat hari lahir sambil menyebut nama pasangan anda, berikan bunga tersebut kepada si dia dan berlalu. Lebih menarik jika bunga tersebut disampaikan kepada pasangan melalui kanak-kanak. Ulang cara yang sama hingga sebahagian jumlah mawar tadi habis sebelum anda hampiri si dia dan berikan sebahagian mawar lagi.
Cinta Kita 83 Jadikan pasangan sebagai tempat rujukan/teman berbincang yang utama bagi segala hal. Tidak kira samada ia merupakan urusan di pejabat ataupun di rumah, mintalah pendapat pasangan anda. Jangan buat keputusan secara sembunyisembunyi. Perkongsian peranan dalam pembuatan keputusan akan membuatkan pasangan
berasa dihargai.
Cinta Kita 84
Jika anda sebagai suami, beri galakan supaya isteri anda mencontohi keperibadian isteri-isteri Rasulullah SAW. Nyatakan keistimewaan si dia apabila bergelar seorang isteri serta tuntutan untuk berbuat baik terhadap anda. Tetapi jangan terlalu mendesak agar si dia menjadi ‘sempurna’ dalam sekelip mata. Sebaliknya teruskan memberi galakan serta jadikan diri anda sebagai contoh ikutan bagi pasangan.
Cinta Kita 85
Kenalkan si dia pada rakan-rakan dan keluarga anda meskipun anda berdua mungkin baru bergelar teman istimewa.
Cinta Kita 86 Jadikan suasana ‘humor’ sebagai penyeri kehidupan anda berdua. Jika anda dan pasangan berasal dari negeri berbeza, pasti banyak keunikan antara anda dan si dia. Sekali-sekala apakata jika anda cuba bertutur dalam dialek negeri si dia. Pastinya kedengaran kelakar dan mengundang tawa pasangan anda.
Cinta Kita 87 Payungkan si dia apabila hari hujan. Jangan lupa menyuruh pasangan rapat pada anda supaya bajunya tidak basah. Lebih baik lagi jika anda memegang payung sambil si dia memeluk pinggang anda ketika berjalan.
Cinta Kita 88 Ulang tahun perkahwinan, percintaan atau seangkatan denganya yang amat penting untuk diraikan oelh anda dan pasangan tidak harus dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jika anda tidak mahu terlepas akannya, setlah date-date tersebut di dalam phone anda. semoga selepas ini anda tidak lupa lagi.
Cinta Kita 89 Ciptalah suasana yang romantik..jika pasangan kita tertidur di hadapan television..sebolehnya janganlah anda kejutkan...cubalah mengangkat pasangan anda ke kamar tidur jika anda mampu. Jangan lupa berikan kcucupan indah di dahi pasangan juga.
Cinta Kita 90 Seminggu sekali..paling kurang..belilah sebuah majalah kesukaan pasangan kita. Ini secara tidak langsung akan menambahkan pengetahuan pasangan kita lantas membuatkan diri mereka rasa lebih dihargai..
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
Bingkisan 


1 comment
uiyooo...sis syira jiwang..ekeke~
Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!