Dunia Hari ini : Hamza hina Rasulullah ditangkap.

on Saturday, February 11, 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my

hamza hina rasulullah


KUALA LUMPUR - Seorang penulis Arab yang dikehendaki pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW akan dihantar pulang ke negara itu selepas proses dokumentasi terhadapnya selesai.

Mohammad Najeeb A. Kashgari atau lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, ditahan pada pukul 9.40 pagi di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kelmarin ketika dia mahu meninggalkan Malaysia.

Sebelum ditahan, dia yang merupakan kolumnis akhbar Al-Bilad di Arab Saudi dipercayai telah berada di negara ini sejak dua hingga tiga hari lalu selepas melarikan diri dari negaranya.

"Hamza ditahan polis negara ini atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul baru-baru ini," kata satu sumber di sini semalam.

 

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan Dunia Hari ini : Hamza hina Rasulullah ditangkap. di karang oleh sissyira Pada Saturday, February 11, 2012. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

1 comment

February 12, 2012 10:16 AM

Bagus arab saudi, tegas :)

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO