coret-coret : Nora Danish simpati nasib Apek.

on Wednesday, February 8, 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.

Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.

Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.

 

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan coret-coret : Nora Danish simpati nasib Apek. di karang oleh sissyira Pada Wednesday, February 8, 2012. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO