ayah...
barangkali panggilan ini jarang ku gunakan ketika ayah masih ada..
barangkali juga sukar untuk bermain dibibir berbanding dengan panggilan mak...
barangkali langsung tidak ada ruang dalam hati ini berbanding ibu...
ayah...
dulu....
bibir ini sukar untuk menutur kata-kata itu
lidah ini sukar untuk memanggil kata-kata itu
mulut ini bagaikan terkunci..
ibu...
insan yang amat aku sayangi
walaupun berada jauh dari mata
nak jumpa setahun sekali belum pasti
tapi nama ibu...
sentiasa bermain di bibir ini
sentiasa melintas di fikiran ini
sentiasa girang dijiwa ini
ibu....
insan yang cukup ku kagumi dengan ketabahannya
insan yang cukup ku hormat dengan kekuatannya
insan yang cukup ku bangga dengan semangatnya..
kerana bagiku...
ibulah segala-galanya...
kini....
setelah ayah dan ibu tiada...
baru ku sedar...
tiada bezanya kasih mereka berdua....
tiada kurangnya kasih mereka berdua
tapi kenapa aku tergamak membahagikan kasih itu
kenapa aku tergamak menduakan kasih itu...
rasa sesalan dalam hati
sudah tidak berguna lagi..
kepada yang masih punyai ayah dan ibu....sayangilah mereka selagi mereka masih ada..ayah mungkin tegas kerana itulah karakternya sebagai seorang ayah....dan ibu memang lemah lembut kerana dalam perut itulah kita menumpang rahimnya.... tidak kira macam mana mereka melayan kita.... yang penting bagaimana kita melayan mereka...
jangan sampai sesalan bermain dijiwa sehinggakan merasakan dunia ini sudah tidak ada lagi ruang kebahagiaan :|
"jika hilang sahabat,kita mungkin akan ketemui sahabat yang lain, jika kita kehilangan teman, kita mungkin akan diganti dengan teman yang lain....tapi yang pasti...jika anda kehilangan ayah dan ibu....mereka hanya satu dan kehilangan itu takkan ada gantinya walau beribu tahun lagi...hargailah ketika ruang itu masih ada"
Bingkisan 


Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!