Air Mata : Memori Semalam..

on Friday, February 24, 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

 

setelah peti kami siap dibaiki...syira dan suami bergotong royong membersihkan peti tersebut.. terima kasih suami ku...kamu seorang suami yang begitu ringan tulang...suami bersihkan partnya dan syira bersihkan part syira...masing-masing diam...sesekali kami gelak...sesekali dengar budak sebelah rumah menangis memecah keheningan petang itu.

suami khusyuk peti itu...dan syira khusyuk mengosok dan membasuh partion-partion yang ada di dalam peti sejuk itu di dalam sink..masa tu syira dan suami masing-masing

masa khusyuk membasuh tu...tiba-tiba air mata syira bergenang...syira rasa sedih sangat...syira teringat peristiwa tahun 2007 dahulu...memori semalam yang amat pedih...masa tu syira minta tolong kakak syira share topup dengan syira sebab syira nak call PTPTN . masa tu syira dalam bus, dan kebetulan lak masa tu member suruh call PTPTN untuk uruskan soal loan tu...

tapi kakak syira tetap tidak topupkan...dan kawan syira pun call syira sebab syira tak respon mesejnya...dan syira ceritalah yang syira tidak perasan kredit phone syira dah habis... akhirnya kawan syira tu yang offer dirinya untuk call PTPTN. terima kasihlah kawanku.

sampai sahaja di perlis....abang syira dah tunggu syira di bus stand changlung...sampai tu..abang terus bawa ke kedai topup..syira buat tidak tahu je...tiba-tiba abang kata "tadi kata nak topup, pergilah beli, mekyah kata mung nok topup, dia suruh abang zak beli, abang zak tak dan nak beli tadi " . syira pun terdiam.... "oo...tak nak dah...member dah call PTPTN tadi...kawan orang dah tolong...tak nak topup".... dan air mata syira mengalir dalam diam...lama juga baru ok balik...

 

tersedar dari lamunan memori semalam..

syira teresak-esak sambil menahan di dalam hati. air mata syira mengalir laju ke dalam sink di depan syira. rasa pedihnya luka itu tidak mampu di bendung lagi... kenapa susah sangat awak nak tolong adik sendiri...saya umpama insan yang tidak diperlukan oleh seluruh ahli keluarga kita.. tapi saya tetap kuat melangkah kerana saya ingin menjadi mereka yang paling berjaya di antara kita semua..

alhamdullillah...suami syira tidak perasan yang syira sedih...syira buat-buat bizi dan akhirnya air mata ini hilang di telan masa....

 

berilah diri untuk merasa kesedihan itu...sampai masanya..katakan pada diri...aku tidak harus bersedih lagi....aku harus teruskan hidup ini...

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan Air Mata : Memori Semalam.. di karang oleh sissyira Pada Friday, February 24, 2012. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO