orang cakap...nak ikat perut suami bagi sayang ni mudah je..bagi je dia makan makanan yang sedap..dan yang penting pastikan masakan itu dari air tangan kita...betulkah??? no komen... tapi..jika anda mahu cuba sesuatu yang baru untuk tekak suami anda...cubalah tiramisu kasih ini dimahligai cinta anda...mudah je...
Bahan-bahannya :
1/3 paket Biskut Marie perisa coffee
100g cream cheese
200ml whipping cream
50g gula icing (asingkan 2 sudu besar)
Biskut oreo untuk hiasan [hancurkan]
Cara-caranya
1. Putar whipping cream bersama 2 sudu besar gula icing dalam mangkuk yang besar pada kelajuan sederhana, sehingga menjadi kental. ketepikan.
2. Putar cream cheese dan gula icing sehingga sebati dan gebu.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan cream cheese dan putar hingga sebati.
4. Susun satu lapisan biskut Marie pada loyang atau tupperware. Ratakan 1/3 aduan cream cheese di atas lapisan biskut Marie. Ulang supaya dapat 3 lapisan biskut dan 3 lapisan cream cheese berselang-seli. Lapisan terakhir mestilah lapisan cream cheese.
5. Taburkan biskut oreo yang telah di hancurkan di atas lapisan terakhir.
6. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Tapi syira simpan satu malam. buat malam bangun pagi terus boleh makan.hehe....
selamat menjamu mata..hehe..
comot sebab gojos nak makan...hihi..

Bingkisan 


1 comment
ahah, blh belajar buat! yq akak bg cadangn. hihi.
Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!