Hati-hati semasa berbekam
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

SEORANG peserta kajian menjalani rawatan bekam yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian di Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati menggunakan khidmat bekam pengamal perubatan alternatif bagi mengelak risiko penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail (gambar kecil) berkata, peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh mengundang jangkitan pelbagai penyakit berbahaya.
Menurut beliau, ia berikutan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui tahap kebersihannya malah ada yang menggunakan jarum sama berulang kali.
"Di mana-mana sahaja ada perkhidmatan berbekam pada masa sekarang tetapi kita harus bijak memilih, kerana jarum, pisau atau cawan yang digunakan apabila terkena darah pembawa pelbagai penyakit dan jika ia digunakan semula, penyakit itu boleh tersebar kepada orang lain.
"Saya harap pengamal perubatan alternatif ini supaya lebih bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain," katanya ketika ditemui semalam.
Ab. Aziz berkata, beliau kini mengetuai lima pakar daripada universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
Bingkisan 


5 comments
takut nak berbekam kalau mcm ni.hehhee
Samalah kita.. Teringin berbekam tapi belum ada peluang lagi.. Tapi bila terbaca risiko macam ni jadi macam takut la pulak..
dah pernah berbekam masa kat simunjan, sarawak hari tu..hee~
Kalau kakak memang ngerilah syira. Tengok darah tu pun dah tak boleh... Tapi berbekam utk kesihatan adalah sunnah rasulullah...
hihi..takat ni belum teringin lagi, tp mmg bagus kan berbekam ni..huhu..
nak mitak tlun klik like kat http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150485833724677&set=a.10150463338364677.370360.232667634676&type=3&theater
thanks..
Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!