Cikgu tunjuk hero!!

on Thursday, January 19, 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 
berikutan kes Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan...

MUHAMAD ZIQRIL HAKIN telantar di atas pengusung di Hospital Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."

Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan Cikgu tunjuk hero!! di karang oleh sissyira Pada Thursday, January 19, 2012. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO