resepi mudah yang harus dicuba oleh semua orang...masakan paling cepat boleh disiapkan bila keadaan malas datang melanda...haha...seharusnya jangan ditiru sikap pemalas syira ni... tidak elok okeh...hehehe....
Bahan-bahannya..
1/4 ayam dipotong halus
1 biji carrot dipotong halus
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu besar kicap masin
1 sudu teh kicap pekat
Sedikit minyak untuk mengoreng
Bahan Tumbuk
1/2 biji bawang besar di tumbuk lumat
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
6 biji lada burung ditumbuk lumat
Cara-caranya...
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan tunggu sehingga panas. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk. Tunggu sehingga naik bau...
- Masukkan gula, garam, kicap masin dan kicap pekat, kacau bagi rata..
- Masukkan ayam dan carrot.
- Biarkan hingga ayam masak.
- Boleh tambah air panas untuk mendapatkan kuah lebih.
selamat menjamu selera yea...yum yum...

Bingkisan 


Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!