Lisa, Yusry nikah 23 Februari 2012.

on Sunday, December 25, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

yusry dan lisa berpelukan

YUSRY mengumumkan rancangan pernikahannya dengan Lisa Surihani pada sidang akhbar di Hotel Marriott Putrajaya semalam. Turut serta Siti Amira (kiri), Zarina (kanan) dan Abdul Halim.


PUTRAJAYA – Pasangan artis Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed mengumumkan mereka akan bernikah pada 23 Februari depan.

Pengumuman tersebut dibuat pada satu sidang akhbar khas di sebuah hotel di sini semalam sehari selepas rombongan keluarga Yusry mengunjungi rumah ibu saudara Lisa Surihani di Taman Melawati, Hulu Klang untuk merisik.

“Semalam (Jumaat) keluarga saya telah bertandang ke rumah Lisa menghantar tanda tetapi kami tidak akan adakan majlis pertunangan sebaliknya akan terus bernikah,” kata Yusry yang merupakan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ibu dan bapa Yusry, Zarina Abdul Wahab Fenner dan Abdul Halim Kamal; ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim dan penerbit filem, David Teo.

 

Tag : ,

Selamat tinggal Pengasih - Jamal Abdillah.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 
Jamal abdillah posing
JAMAL ABDILLAH sedih dan kecewa dengan kenyataan Yunus Pathi yang didakwa mahu mengaibkan dan menjatuhkan reputasinya.

STATUS penghuni istimewa Jamal Abdillah di Rumah Pengasih Malaysia tidak lagi memberi sebarang makna.

Lima tahun tempoh berlalu, kini Jamal sendiri mengakui, rumah perlindungan dan pemulihan akhlak khusus untuk golongan penagih dadah itu telah pun ditinggalkannya sejak November lalu.

Secara logiknya, itu penyudah kepada kemelut membabitkan penyanyi tersohor itu dengan Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd. Yunus Pathi yang pernah mencetus kontroversi sebelum ini.

Yunus dalam satu kenyataan tidak lama dahulu memberitahu, Jamal tidak banyak memberi sumbangan walaupun menggunakan pelbagai kemudahan di pusat itu sedangkan dia berstatus selebriti.

"Dia tidak sumbang apa-apa sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini.

"Dia bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja," kata Yunus meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Jamal seperti yang disiarkan sebuah akhbar tidak lama dahulu.

Jamal, 52, dalam sidang media Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 mengesahkan, tindakannya keluar dari Rumah Pengasih pada November lalu adalah atas dorongan Yunus.
Dia menerima sepucuk surat arahan memintanya keluar dari rumah perlindungan berkenaan.

Kecewa dan sedih dengan kenyataan Yunus sebelum ini, Jamal menyifatkan pemimpin tertinggi rumah perlindungan itu seolah-olah sengaja mahu menjatuhkan reputasinya dengan tohmahan yang tidak benar.

"Mengapa dia perlu bercakap begitu sedangkan ada banyak cara lain boleh dilakukan. Bagaimana masyarakat hendak meletakkan kepercayaan kepada Pengasih selepas ini.

"Ia sepatutnya berada di belakang penghuni yang sudah dianggap seperti ahli keluarga dan bukannya mengundang situasi kurang selesa," ujar Jamal yang mengakui sedih dan terkilan dengan sikap Yunus.

Tidak mahu menambah keruh, kata Jamal, dia mempunyai bukti termasuk dokumen bagi menafikan dakwaan Yunus.

"Apabila tiba masanya nanti, saya akan membuat kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara sebenar.
"Sekarang saya mahu fokus dengan program karnival yang sedang diatur.

"Saya tetap ada bukti dan fakta yang sahih," tegasnya sambil menunjukkan fail yang didakwa menyimpan maklumat berkaitan.

Ditanya situasinya setelah keluar dari Rumah Pengasih yang seperti sudah terlalu sebati dengan hidupnya, Jamal mengakui dia kini lebih tenang.

"Saya akui, kehidupan di luar ketika ini lebih tenang berbanding dalam rumah itu.

"Peranan Pengasih sepatutnya menyokong penghuninya dengan memberi semangat untuk menjadi lebih positif dan bukannya memberi tekanan kepada mereka," jelasnya yang kini menyewa di ibu kota sementara rumah yang dibelinya sedia diduduki sekitar Februari tahun depan.

Sementara itu, Yunus dalam kenyataan balas terhadap Jamal menerangkan, isu berkenaan sudah lama selesai.

Yunus mendakwa Jamal mahukan sensasi, bagaimanapun dia masih menganggap penghibur itu sebagai sahabatnya.

"Sebagai sahabat, saya doakan dia terus berjaya dalam karier. Kita tunggu sajalah pendedahan yang akan dibuat.

"Apa yang boleh saya katakan ialah saya hanya membantu dia berjalan dan bukannya berjalan untuk dia. Mungkin dia nak cari sensasi," kata Yunus.

Tag : , , , , , , , ,

Mati selepas jemput isteri muda.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

Oleh ROSLI HASSAN

MAHERAN MOKHTAR (dua dari kiri) yang merupakan isteri pertama Abd. Rahman ditenangkan oleh anak-anak di Hospital Melaka semalam.


MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam sebuah kereta dengan keadaannya berbogel di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil di sini selepas menjemput isteri muda pulang dari tempat kerjanya awal pagi semalam.

Abd. Rahman Adam(gambar kecil), 56, ditemui mati di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Viva dengan pakaiannya berlonggok di atas lantai tempat duduk pemandu.

Menurut sumber, sebelum dijumpai pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa menjemput isteri keduanya yang dikenali sebagai Norliza Saidon, 47, dari tempat dia bekerja di Taman Melaka Raya.

 

Tag :

Formula popular Aaron aziz!!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

aaron aziz hensom

ALISNYA berkerut seraya bibirnya bersimpul mengorak senyum tatkala gelaran 'wajah pelaris' disuakan ke mukanya. Lelaki dari Kota Singa itu termenung sejenak memikirkan signifikan jolokan yang diberikan ke atas dirinya. Semakin galak umum mengucapkan gelaran itu, sebenarnya semakin ada gusar berpusar di dadanya.

Semua itu gara-gara impak filem Ombak Rindu yang sedang menghampiri angka RM11 juta. Sehingga 22 Disember lalu, laman web rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mencatatkan kutipan Ombak Rindu sudah mencecah RM10.01 juta, satu jumlah yang cukup besar untuk sebuah naskhah drama romantik. Jumlah itu hampir menyaingi prestasi KL Gengster, juga lakonannya yang ditayangkan pada Jun lalu.

Mempesona jiwa sekelian pengikutnya, baik peminat adegan aksi atau romantik, ramai yang mendakwa, sang aktor dengan nama pentas Aaron Aziz ini sedang berada di puncak karier. Dalam tahun ini sahaja, dua filem lakonannya menjadi filem blockbuster yang ditonton lebih sejuta penonton di pawagam. Tahun 2011 juga tahun penuh kemeriahan buat Aaron yang dipuja dengan nama Seth dalam siri Nora Elena.

Hal yang sama juga terlihat sepanjang pementasan Badai Semalam yang membadai penonton di Istana Budaya.

"Orang kata ini tahun meriah buat saya, tapi saya anggap itu rezeki. Tuhan itu Maha Adil. Saya pernah bercakap dengan aktor, Sofi Jikan tentang banyak ketidakpuasan hati yang berlaku dalam industri. Saya katakan kepadanya, saya tak dapat capai apa yang dia dapat, dia dapat pengiktirafan Pelakon Lelaki Terbaik dalam festival filem, tapi saya sendiri tidak mampu untuk sampai ke situ, bahkan langsung tidak layak untuk masuk pencalonan. Jadi, saya terima sahaja bahagian yang ini," ujar pemain watak Hariz itu dari sudut pandangan yang lain.

Masih berputar topik pelaris, bapa tiga cahaya mata itu kurang selesa digelar begitu. Diusik konon-kononnya dia berada dalam senarai teratas dalam kelompok pelakon gred A di Malaysia juga membuatkan Aaron kebimbangan. Bukan goyah takut jatuh di kemudian hari, tapi khuatir kedudukan itu membuka banyak lubang, kesilapan kecil mudah sahaja diangkat dan diperbesar-besarkan.

"Tak semestinya letak muka saya sahaja, filem atau drama akan laris. Ia sangat bergantung kepada keseluruhan jalan cerita, pelakon lain yang terlibat. Macam Ombak Rindu, rasanya kalau seorang penonton hanya tengok sekali sahaja, jumlahnya payah untuk cecah RM10 atau RM11 juta.

"Ada juga filem lakonan saya yang gagal dan tak boleh jual, macam filem Datin Ghairah. Saya tak boleh komen buruk tentang filem itu, tapi senang cakap, mungkin penonton tidak gemar dengan jalan cerita filem itu sendiri, mungkin masa tarikh tayangan juga tidak tepat sebab Ombak Rindu lebih kuat tarikan memandang separuh strategi pemasaran menyasarkan penggemar novel Ombak Rindu sendiri," bicaranya meluncur beserta pemerhatian terhadap suasana industri.

Sapu kontrak

Secara sedar, Aaron mengenal resam dunia hiburan. Budaya pop yang meletakkan populariti sebagai antara faktor untuk sukses sangat berkait rapat dengan perjalanan kariernya.

"Saya lihat penghijrahan saya dari Singapura ke Kuala Lumpur juga sangat signifikan. Bukan kejar populariti tetapi menjadi seseorang yang dikenali menjadikan rezeki kita lebih murah.

"Tanpa populariti mungkin tawaran yang saya terima tidak semeriah hari ini. Tapi kalau diberi pilihan, antara popular dan terbaik, saya lebih rela pilih yang terbaik. Saya juga tiada formula untuk menjadi popular. Kata kunci saya hanyalah kerja kuat untuk buktikan kepada orang bahawa saya mampu 'memberi.' Bila penonton nampak dan suka kerja kita, dari situ kita akan mula popular," katanya yang sudah dua kali menangi kategori Artis Paling Popular di Singapura pada 2003 dan 2005.

SETAKAT ini, Aaron masih tidak dilihat stereotaip atau terperangkap dalam sisi gengster ataupun lelaki romantik.


Mencuri waktu emasnya, ketika ditemui Aaron sedang berada di lokasi penggambaran filem terbaharu terbitan Skop Production, KL Gengster 2 arahan Syamsul Yusof. Sehari sebelum pertemuan, dia berada di Rembau, Negeri Sembilan untuk penggambaran filem Tyickoon di bawah arahan pengarah dan rumah produksi baharu.

Jumlah bayaran mungkin sesuatu yang peribadi untuk dikongsikan, jadi faktor penerimaan dan penolakan sesebuah tawaran yang datang menjadi butiran perbualan.

"Setakat ini saya masih terima semua tawaran, saya jenis yang tidak memilih watak. Tapi tidaklah bermakna watak itu tidak penting. Saya selalu mencari dan mencari, cuba sedaya upaya melakonkan watak. Tapi, untuk survival, saya kena ikut keadaan semasa, macam watak undangan pun saya buat.

"Soal tidak terlalu berkira soal bayaran, jika ganjaran yang ditawarkan tidak begitu menarik, mungkin hari bekerja yang saya kurangkan," katanya yang ada memikirkan soal jangkaan khalayak terhadap impak lakonan mendatang.

Bukan kemampuan seseorang pelakon untuk memastikan setiap naskhah itu memberi impak. Menjadi Aaron di kedudukannya ketika ini, harapan banyak pihak termasukkah peminat sebenarnya membuahkan tekanan. Harapan penerbit untuk mendapat hasil jualan yang lebih juga mungkin masuk ke kotak fikiran.

"Orang akan mengharapkan yang lebih, macam dalam KL Gengster 2 ini, mungkin ada yang mahukan perwatakan Malik lebih ganas. Tapi akan ada sesuatu yang di luar jangkaan, takut juga sebenarnya," luah Aaron sambil menyenaraikan beberapa komitmen tahun 2012 yang sudah tercatat dalam diari kerjanya.

Selain penggambaran Tyickoon yang akan terheret sehingga Januari depan, jurucakap Loreal for Men Expert ini juga akan masuk ke lokasi penggambaran filem Kerat 14 bersama Siti Saleha menjelang Februari nanti. Drama bersiri mega, Adam dan Hawa sebanyak 80 episod yang dijangka memulakan penggambaran tahun depan barangkali cukup untuk memastikan Aaron sentiasa panas di mata peminat sepanjang 2012.

Tag :

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada sertamerta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

3. Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

6. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

7. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

9. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

10. Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

11. Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

12. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

13. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

14. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

16. Jangan jimak di dalam air.

17. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.

18. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

20. Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit

21. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga

 

petua pantang larang untuk kesihatan

 

Tag : , ,

Robot Nikahkan Pengantin Jepung.

on Saturday, December 24, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..


TOKYO, KOMPAS.com - Entah apa arti acara pernikahan bagi pasangan pengantin baru Jepung ini. Sebuah robot menikahkan mereka dalam upara perasmian pernikahan yang diadakan di Tokyo, Minggu (16/5).

Ini untuk pertama kalinya di dunia, robot memimpin upacara perkimpoian manusia. Hampir semua orang berdiri ketika calon pengantin perempuan berjalan menuju altar dengan gaun putihnya. Namun tidak demikian dengan pemimpin upacara pernikahan itu, karena robot itu sudah 'terpaku' di kursinya.

Robot produksi perusahaan Kokoro Co itu diberi nama I-Fairy, tingginya 1,5 meter. Robot itu duduk dengan mata berkedip dan rambut plastik dikepang. "Silakan singkap selubung pengantin perempuan," kata I-Fairy dengan suara nyaring. Ia lalu melambaikan tangannya ke udara saat kedua pengantin baru berciuman di depan sekitar 50 tamu.

Kantor berita AP melaporkan, upacara itu dilangsungkan di sebuah restoran di Hibiya Park di pusat Tokyo dan menurut UU Jepung, upacara itu sah. I-Fairy selama upacara berlangsung dikendalikan seorang programmer.

"Ini menyenangkan. Saya berpikir orang Jepung memiliki perasaan yang kuat bahwa robot merupakan teman-teman mereka. Kebanyakan orang yang bergerak dalam industri robot memahami hal ini, tapi orang-orang umumnya ingin robot di dekat mereka untuk melayani tujuan-tujuan tertentu," kata si pengantin perempuan, Satoko Inoue (36 tahun) yang bekerja di pabrikan Kokoro Co.

"Akan lebih baik jika robot itu sedikit lebih pintar, tetapi dia sangat baik dalam mengekspresikan dirinya," kata Tomohiro Shibata (42 tahun), si pengantin pria, yang merupakan profesor robotika di Nara Institute of Science and Technology di Jepung tengah.

Jepung memiliki industri robot paling maju di dunia. Pemerintah negara itu secara aktif mendukung pertumbuhan industri tersebut. Model robot di pabrik-pabrik robot saat ini terbilang standar, tetapi perusahaan-perusahaan Jepung baru-baru ini membuat dorongan untuk menyuntikkan robot ke dalam kehidupan sehari-hari.

Menurut jurubicara Kokoro Co, Kayako Kido, I-Fairy dijual seharga sekitar 6,3 juta yen (68,000 dollar AS) dan tiga unit sedang digunakan di Singapura, AS dan Jepung.

sumber

Tag : , , , , , ,

Kahwin 72 Tahun, Mati Berpegangan Tangan..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

 


KISAH cinta sejati di zaman moden terutama di dunia barat di mana kadar perceraiannya amat tinggi mungkin sukar untuk didengari lagi. Namun, sekali-sekala akan timbul juga kisah yang mampu menarik perhatian dan mungkin air mata kita. Gordon dan Norma Yeager dari Iowa, Amerika Syarikat melayari bahtera perkahwinan selama lebih 70 tahun.

Selepas sekian lama, pada usia 90 tahun (Norma) dan 94 tahun (Gordon), takdir menentukan kedua mereka terbabit dalam satu kemalangan. Mereka kemudian dikejarkan ke hospital bersama dan diletakan berpegangan tangan di unit rawatan rapi. Beberapa jam selepas itu, Gordon berhenti bernafas dan meninggal dunia.

Namun, berlaku sesuatu yang mencerminkan betapa mendalam dan sucinya cinta kedua insan itu. Walaupun sudah meninggal dunia, monitor hospital mengesan jantung Gordon sebagai masih berdegup. Rupanya, isteri beliau Norma ketika itu masih hidup dan disebabkan mereka berpegang tangan, monitor itu mengesan degupan jantung isterinya. Seolah-olah Gordon masih bernafas dan seolah-olah jantungnya berdegup melalui degupan isterinya.

Tidak berapa lama selepas itu, Norma juga mengikuti jejak suaminya. Selepas 72 tahun berkahwin, kedua mereka meninggal dunia sambil berpegangan tangan. “Mungkin ini adalah satu rahmat bagi ibu bapa kami kerana mereka selalu berkata tidak boleh salah seorang pergi dahulu meninggal seorang yang lain,” kata anak mereka, Dennis. Kedua mereka meninggalkan dua orang anak, 14 cucu dan 29 cicit.

Norma berkahwin pada hari dia tamat sekolah menengah pada tahun 1939. Sejak berkahwin sehingga kini, kedua mereka amat jarang sekali berenggang. Khamis lalu, mayat mereka diletak dalam satu keranda dibakar bersama sebelum abu keduanya dicampurkan.

SUMBER: Yahoo! Lifestyle

 

Tag : ,

tajuk kosmo besh hari ni!!!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
Tag :

Kilang kasut di afrika...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

 

Tag :

AC Mizal dan Eizlan Jusof kini bergelar datuk!!!

on Friday, December 23, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 

AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.


PEKAN - Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.

"Saya berharap dengan gelaran ini, segala-galanya akan terjawab dan tiada lagi persoalan mengenainya selepas ini," katanya selepas majlis tersebut yang diadakan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.

Majlis disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

AC Mizal yang merupakan Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn. Bhd. memberitahu, penganugerahan tersebut dianggap satu penghargaan kepada anak seni dan ia merupakan hadiah terbesar buat dirinya sempena hari lahirnya yang ke-40 kelmarin.

Turut menerima pingat yang sama ialah pelakon Eizlan Yusof atau nama sebenar, Idris Md. Yusof yang juga Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd. dan penyanyi serta perunding motivasi, Ahmad Fadzli Yaakob selaku Pengarah Suajaya Mahir (M) Sdn. Bhd.

 

Tag :

Jamal diarah keluar Pengasih..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

INILAH bangunan rumah Pengasih di Bukit Tunku, Kuala Lumpur tempat Jamal Abdillah(gambar kecil) berlindung sejak hampir lima tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.

Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.

Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.

"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.

"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan.

 

Tag :

Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

on Monday, December 19, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

 

Rasa teruja untuk memiliki anak selepas mendirikan rumah tangga adalah impian semua orang. namun kita harus sedar bahawa bukan semua orang berpeluang untuk mendapatkan kesempatan tersebut. walau apa sahaja yang telah ditakdirkan untuk kita, kita haruslah menerima semua yang ditakdirkan kepada kita dengan hati yang redha dan penuh tabah...

 

sebulan berkahwin ...dua bulan berkahwin...kita pasti teruja merancang dan berangan jantina anak yang bakal dikandungkan nanti... tak kurang juga ramai diantara kita yang inginkan anak kembar... memiliki sepasang anak kembar adalah impian kebanyakkan semua orang, namun bukan semua orang mampu untuk menjadikan impian ini nyata...

 

atas rasa kehendak yang tidak berbelah bagi....syira ingin mencuba surah ini dan mahu lihat apakah impian melahirkan anak kembar menjadi nyata setelah kedua-dua belah pihak memang tidak pernah ada pasangan kembar atau memang bukan dari keturunan yang ada kembar-kembar ni...

 

marilah kita amalkan surah-surah di bawah ini....

 

 

i) Surah Ash-Shaffat Ayat 120:

ash-shaffat

120. "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"

ii) Surah Asy-Syuura ayat 50:

asy-syuura

50. Atau ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan ia juga menjadikan sesiapa Yang dikehendakiNya: mandul. Sesungguhnya ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Tag : ,

Tanda-tanda anda mula hamil..

on Saturday, December 17, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

Adakah anda sedang hamil? Kebanyakan wanita tidak menyedari diri mereka telah hamil selepas mereka terlepas haid selepas seminggu hingga 2 minggu.


Jika anda tidak mencatat tarikh menstrual anda atau ianya kadangkala tidak tetap setiap bulan, adalah sedikit sukar untuk memastikan bilakah haid anda akan datang untuk bulan berikutnya. Tetapi jika anda mulai merasakan akan simptom-simptom berikut dan tidak datang haid untuk beberapa ketika, anda mungkin sudah pun berjaya hamil. Dapatkan alat pengesan kehamilan dan ketahuilah sekarang.


1. Payudara membengkak, terasa sakit
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.


2. Keletihan
Jika anda mula merasakan cepat penat atau sering keletihan, ini menunjukkan anda berada di fasa pertama kehamilan. Ia mungkin disebabkan oleh pertambahan hormone progesterone yang menyebabkan anda mudah mengantuk.


Rasa ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua kehamilan walaupun rasa cepat penat ini selalu akan datang kembali apabila anda sudah sarat mengandung dan membawa beban berat dan kadangkala ini menjurus kepada sukar untuk tidur lena pada waktu malam.


3. Berlaku pendarahan
Sesetengah wanita akan mengalami pendarahan kecil sekitar 11 ke 12 hari selepas persenyawaan berlaku. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh ovum mula melekat di dinding ovari.


Pendarahan selalunya hanya sedikit dan berwarna coklat kehitaman kelihatan seperti darah kering dan hanya keluar untuk sehari ke dua hari sahaja. Maklumkan kepada doktor peribadi anda jika terdapat sebarang pendarahan terutamanya jika anda terasa sakit kerana ini mungkin tanda kehamilan luar rahim.


4. Loya atau muntah
Kebanyakan wanita akan mengalami morning sickness dan hanya akan melalui tempoh itu selepas sebulan persenyawaan berlaku. Sesetengah wanita pula mengalami loya-loya lebih awal dari sebulan. Rasa loya dan muntah-muntah ini tidak hanya berlaku pada waktu pagi, ianya juga boleh berlaku pada waktu siang atau malam.


5. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.


6. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.


7. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.


8. Tidak datang haid
Jika anda selalunya anda datang haid tepat pada tarikh jangkaan dan kali ini ianya lewat, anda mungkin boleh mencuba alat ujian kehamilan jika anda tidak mengalami sebarang simptom. Tetapi jika haid anda tidak tepat dan selalu tidak datang pada tarikh jangkaan, anda mungkin boleh merasai perubahan pada payudara atau rasa loya.


9. Suhu badan meningkat
Jika anda mula merasai suhu badan meningkat dan konsisten setiap hari, anda mungkin telah hamil.


10. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

11. Sakit kepala
Memang terdengar aneh, kerana sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.


12. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.


13. Kram
Apakah ini PMS atau hamil. Memang kram akan dialami oleh wanita hamil kerana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.


14. Ngidam
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.


15. Sembelit
Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun keuntungan dari keadaan ini adalah memungkinkan penyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.


16. Moody
Sering marah-marah pada suami, cepat mengalami perubahan pada tingkah laku. Hal ini disebabkan dari banyak munculnya hormon-hormon baru di tubuh Anda. Yakinkan pada suami Anda bahwa ini hanya terjadi selama masa kehamilan.


tanda-tanda anda mula hamil.

Tag :

Pekeliling Gaji SBPA 2012

on Friday, December 16, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.

PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?

Sumber : Beritasemasa.com

Ramai bertnaya, apakah INTIPATI SBPA ini? Baca di bawah:

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert
dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai  dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan;

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Pekeliling Gaji SBPA 2012.

Tag :
 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO