cara khatam al-quran dengan betul.

on Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
pasti ramai diantara kita sudah mahir mengenai cara khatam al-quran dengan betul. namun disini syira ingin kongsikan sedikit ilmu yang telah syira dapat untuk bacaan semua. semoga ilmu ini akan memberi barakah kepada penulis asalnya...

Untuk memulakan majlis khatam al-Quran adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-Fatihah   (الفاتحة). Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga sampai surah an-Nas (سورة الناس). Apabila sampai pada ayat terakhir dalam surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga surah an-Nas (سورة الناس), disunatkan bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir.


Sejarah Bacaan “Takbir”

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah terputus menerima wahyu dari Allah S.W.T seketika sehingga orang-orang Musyrik berkata : “Muhammad telah ditinggalkan oleh tuhannya!” Tidak berapa lama selepas itu turunlah surah ad-Dhuha (سورة الضحى). Nabi Muhammad S.A.W berkata : (Allah Maha Besar) dan Baginda mengarahkan kepada pembaca al-Quran supaya membaca “Takbir” apabila sampai pada surah ad-Dhuha (سورة الضحى) dan seterusya pada surah-surah selepas itu sehingga tamat bacaan.

Sebahagian ulama’ meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bertakbir atas sebab bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Nabi diatas turunnya wahyu selepas beberapa ketika terhenti.

Bacaan takbir telah diriwayatkan oleh kebanyakan pembaca al-Quran dan ianya menjadi suatu adat ke atas pembaca al-Quran sebagaimana ianya menjadi amalan bagi setiap pembaca al-Quran di daerah negara lain ketika dalam perayaan atau majlis membaca al-quran dan begitu juga ketika mereka mendirikan Qiamullail pada bulan Ramadhan. Mereka (Qura’) tidak meninggalkan perkara ini (takbir) ketika mereka mengkhatamkan al-Quran dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Lafaz-Lafaz Takbir
  1. الله أكبر
  2. لا إله إلا الله والله أكبر
  3. لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد
Lafaz ini disebut sebelum membaca Basmalah pada awal surah. Secara mudahnya, lafaz ini disebut setiap kali selepas selesai membaca ayat terakhir dalam surah.


Bila Bermula Bacaan Takbir Dan Bila Berakhirnya?

Ada 2 pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Pendapat tersebut ialah :
  1. Bermula selepas akhir surah ad-Dhuha (سورة الضحى)
  2. Bermula selepas akhir surah al-Lail (سورة الليل)
Walaupun ulama’ berselisih pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Namun, mereka bersepakat mengenai tempat berakhirnya bacaan takbir iaitu selepas tamat bacaan surah an-Nas (سورة الناس). Selepas menghabiskan bacaan surah an-Nas (سورة الناس), pembaca al-Quran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah al-Fatihah (الفاتحة) dan disambung dengan 5 ayat dari awal surah al-Baqarah (البقرة) kemudian diikuti dengan bacaan ayat 115 surah al-An’am (الأنعام).

Quran_Page_144

Doa Khatam Al-Quran
Mengenai doa khatam al-Quran, sebenarnya tiada nas atau doa khas dan khusus untuk khatam al-Quran. Apa-apa sahaja doa yang baik adalah diharuskan. Namun demikian, lazimnya doa ini dibaca. Anda boleh download doa tersebut dalam bentuk Microsoft Word di sini supaya ianya boleh diedit dan diperbanyakkan.

Rujukan : Ahkam Tajwid Wa Fadhail al-Quran, Doa Khatam

jom tambah ilmu dan amalkannya =)

Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

UjiaN ALLaH PADa KiTA

kita pengantin itu

pedoman untuk semua...

Pesan Nabi sebelum tidur

12 Cara Untuk Tahu Bahawa Anda Mencintai Seseorang...

Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan cara khatam al-quran dengan betul. di karang oleh sissyira Pada Thursday, June 30, 2011. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

3 comments

June 30, 2011 8:46 AM

syira, ain xpena taw pon psl ni. thanks for sharing.

June 30, 2011 9:31 AM

perkongsian yg baik ni.. thanks yer shira.. selalunya waktu khatam di tempat akka mmg begitu juga cara yg diamalkan..

June 30, 2011 11:10 AM

thanx for d info..sangat berguna ni...dulu khatam beramai-ramai...

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO