Kenapa entry saya bertajuk pelik sebegini ? Berapa ramai yang pernah dengar tajuk sebegini? Sila angkat tangan dan senyum pada saya. Ini adalah kisah lama.. Tiba-tiba saya teringat dan saya rasa nak tuliskan disini.
Adalah suatu hari tu, saya dapat mesej daripada nombor yang tidak berset namanya, sekadar menyapa untuk berkenalan. Namun tiada balasan daripada saya, akhirnya dia bertindak lebih agresif dengan menghantar mesej yang berterusan kepada saya. Oleh kerana saya ni jenis golongan yang amat liat nak melayan orang dan amat bengang jika ada orang yang tidak kenal main mesej ke nombor saya. Akibat geram, saya pinjam nombor celcom kawan saya untuk call budak lelaki ini.
S:assalamualaikum, siapa ni yea
D:awak ni siapa
S:tak reti jawab salam ke
D:wasalam.hehe
S:awak ni siapa yea..kenapa asyik mesej kat saya
D:saya tak kenal awak, awak silap orang kot, saya tak ada mesej ke nombor ni
S:ada saya cakap nombor ni, saya nak Tanya awak,ada tak awak mesej nombor 017-*****16
D:owhhh…ada…oo..ni awak la yea.
S:boleh saya tahu kat mana awak ambil nombor tel saya ni yea
D:saya ambil kat Pahang [tergagap-gagap]
S:oh kat Pahang,kat Pahang tue kat mana?
D:kat kedai telefon [tergagap-gagap lagi]
S:kedai telefon yang mana satu? Yang dalam kuantan parade or yang kat luar bangunan berderet tu
D:saya lupa la [tergagap-gagap]
S:dengar elok-elok soalan saya, dalam kuantan parade or dikedai bangunan kat luar [suara saya lebih lebih tegas dari tadi]
D:dekat kedai berderet [memang jawab dengan takut-takut]
S:ok,sekarang awak bagitahu saya nak kedai hp tue
D:saya tak ingat,saya dah lupa[ tergagap-gagap juga]
S:owhhh..awak lupa,awak tak ingat, bila awak dapat nombor ni
D:minggu lepas,tuan kedai tu bagi kat saya
S:owhh..awak baiklah dengan tuan kedai tu yea
D:baik lah juga..macam biasa-biasa
S:sekarang bagi nombor telefon kedai hp tue
D:saya tak ada nombor dia la
S:bohong, baru tak sat ang cakap,ang baik dengan tokey kedai tu,alih-alih ang cakap ang tak dop nombor tel kedai dia. Baik ang cakap elok-elok sebelum apa-apa.
D:hemmmmm
S:apa bunyi macam tu, sah awak penipu kan, nak tipu pun berpada-pada la..ntah-ntah awak kot yang ragut hp saya hari tu, bak sini balik hp sony cheq tuh.
D:tak..tak..tak.
S:apa yang tak tak tak..sah la , ang yang ragut cheq hari tukan, bak sini balik beg,sijil, buku dan segala macam benda lagi dalam beg tu.
D:tak tak bukan saya tak ragut awak, saya bukan peragut
S:kalau ang bukan peragut,ang sapa, kat mana ang ambil nombor ni
D:kawan bagi,
S:kan senang cakap gitu dari awal tadi lagi,tak payahlah cheq nak habiskan kredit cheq nak dengar ang duk kelentong sana-sini. Sekarang bagi nombor kawan ang tu, cheq nak cakap dengan dia.
D:tak pelah macam tu, tak payahlah..tak jadilah nak kawan dengan awak..maaflah sebab kacau awak.
S:baguslah macam tu, jangan lupa bagitahu kawan awak tu dan kedai hp yang awak sebut tue, lain kali, nombor telefon orang jangan senang-senang je bagi kat orang lain.amanah sikit kat diri sendiri.
Perbualan itu tamat disitu. Dan tidak sampai 2 minit saya terima 1 mesej :-
1new message
“Garangnya awak, takut saya dengar suara awak, terkejut saya, awak makan sup harimau bintang cap sarang tebuan kat kedai mana..huhu”
Dan mesej itu saya biarkan tanpa balasan.sumpah, saya memang serius ketika perbualan itu,tiada nada lembut dan juga senyum dan gelak ketawa,ketegasan saya memang terserlah disitu,jika tidak,masakan si lelaki itu bermesej sedemikian pada saya.
Hari ini, ketika teringat perkataan sup harimau bintang cap sarang tebuan,saya pasti tersenyum sendiri. Tak pernah ada orang mengelarkan saya begitu.inilah kali pertama dan saya akan terus mengingatinya.
p/s:anak-anak sedara selalu panggil Mak Dee, Mak Dee tiri, sebab diaorang cakap Mak Dee garang, kadang-kadang nak gelak, setiap kali anak-anak adik atau kakak atau abang tak nak mandi, ayat femes yang diaorang sebut ialah “nanti umi panggil mak Dee kan, cepat mandi”..akhirnya mandilah mereka hingga selesai…hehehe…
Bingkisan 


15 comments
oppss..garang ye sissyira ni? hehe, aahlah saya pun first time gak dengar sup harimau bintang cap sarang tebuan..hehehe
hahaaa ada gak ke sup mcm tu?eheee nmpak sngt grang tu,,hehee
assalamualaikum..
saya pun agak sis nie agak garangnya orangnya..melalui entri2 sis, nampak ketegasan itu..sangat sesuai menjadi seorang guru disiplin...
maaf kalau saya tersalah nilai
kedai berderet tu kat center pointlah kan.. mmg garang pun.. eheh.. tp baguslah..
heheh kadang2 mmg kene garang lah..nak2 lg ngan lelaki yang cemtuh gayenye..hishhh..
meh ke rumah,
~farewell friends~
keep in touch ye..♥♥♥
mak aih.. garangnya.... kalo gua.. dah lama letak.. haha
hahaha..xley blah betul yg cap harimau tu..
Hehehehe gelaran kelakar.
Tapi budak tu nampak sangat macam budak baru 12,13 tahun.
Memburu “Darah” Terbaik...
huhu...
garang ye sis!
takutttt....hehe
takutnya..hehe
thanks msg saya bgtau pasal contest tu syira..kat sg buluh ke?
fuyoo,
garang nya..
tapi mmg ptt pun sis syira buat cmtu..
=)
dr cara syira up N3 kakD rasa syira ni tak la garang mana...cumanya syira ni tegas ja...keras2 kerak nasi..kena air lembut jg...
Salam sis syira...terkejut baca tajuk entri sebab tak pernah dlm hidup dgr nama masakan tu hehe, lagi satu mmg tak percaya sis ni garang, baguslah buat mcm tu..nyampah jugak org takde keje suka suki je nk kacau org huhu...
p/s:terima kasih masukkan dlm list, i very likeee....
hahaha!!
kelakar lah.. kadang2 kita mmg kena garang.. baru dorang tu takut tak berani nk kacau :D
Post a Comment
Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)
Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!