menghargai pengorbanan leftenen adnan

on Monday, February 14, 2011

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

alhamdulillah,pagi ini syira sudah sampai di bandar baru klang, keletihan dan kesakitan badan masih belum hilang akibat daripada demam yang belum kebas.

kepada pemenang 1st contest bila saya mati by sissyira, terima kasih di atas kerjasama anda. insyallah syira akan cuba hantar hadiah secepat yang mungkin. terima kasih kepada semua.

hari ini, syira ingin mengajak anda semua berfikir sesuatu perkara yang mungkin tidak ramai orang memikirnya. dalam kita asyik meraikan dan bercakap tentang valentine day, syira ingin membuka minda anda semua untuk berfikir tentang pengorbanan leftenen adnan kepada negara kita. apakah kita lupa apakah pengorbanan yang telah dilakukan oleh leftenan adnan demi mempertahankan negara kita ini? apakah ketika orang lain gembira meraikan valentine day, kita langsung tidak terdetik untuk selongkar sejarah apakah lagi kisah sedih yang berlaku pada tanggal tersebut.

bagaimana tabahnya seorang lelaki bernama leftenan adnan yang sanggup tinggalkan isterinya yang sarat mengandung untuk pergi ke singapura demi menjalankan tugas kepada negara. jika kita berada di tempat beliau, apakah kita sanggup untuk bertindak sedemikian atau kita hanya melihat dari belakang sambil menjuih ketakutan, dan membiarkan orang lain sahaja yang berkorban? sejarah pengorbanan beliau semakin pupus di ingatan hampir semua orang.

tahukah anda semua bahawa, pada tarikh inilah, detik inilah, perginya seorang pejuang bangsa untuk selamanya. perginya tiada galang gantinya. oleh itu, ingatlah sekejap, dalam kita berseronok bergembira meraikan hari kekasih yang tiada maknanya ini, marilah kita sedekahkan alfatihah kepada allahyarham leftenan adnan di atas segala pengorbanannya kepada negara kita suatu ketika dahulu.

Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved