92 orang pulang dari Libya

on Sunday, February 27, 2011

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my
WARGA asing terpaksa menaiki pesawat tentera Turki untuk diterbangkan keluar dari Libya dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dalaman, Turki malam kelmarin. 


KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Libya dijangka tiba di tanah air kira-kira pukul 6.30 pagi esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kumpulan seramai 92 orang itu akan berlepas dari Rome, Itali dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada pukul 12.20 tengah hari ini. 

Anifah dalam kenyataan akhbarnya di sini semalam menjelaskan, kumpulan kedua seramai 38 orang lagi dijadualkan berlepas pulang dengan pesawat MAS pada 1 Mac.

Dalam pada itu, katanya, seramai 131 rakyat Malaysia itu yang sebelum ini berada di Tunisia setelah terkandas di Tripoli, Libya selamat tiba di Rome kira-kira pukul 5.40 pagi kelmarin dengan menggunakan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Tambahnya, ketibaan mereka disambut Duta Malaysia ke Itali, Datuk Ramli Naam sebelum dihantar ke sebuah hotel sementara menunggu penerbangan pulang ke Malaysia.

Selain itu, kata beliau, Duta Malaysia ke Libya, Mohd. Zulkephli Mohd. Noor yang kini berada di Tunis, Tunisia akan memantau dan memberi laporan terkini situasi Libya kepada Kementerian Luar Negeri dari semasa ke semasa. Sumber
Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved