ramai bertanya kenapa saya masih senang berstatus single sedangkan usia semakin menginjak senja..jawapan saya mudah, saya ada 7 sebab kenapa saya masih single ketika kawan-kawan lain seronok mendirikan rumah tangga :D
1. Terlalu Jual Mahal
“bukan saya yang cakap, tapi ramai kawan-kawan lelaki saya yang cakap, saya terlalu jual mahal dengan lelaki-lelaki yang biasa”
2. Persepsi sukar didekati
“saya mudah untuk berkawan, tapi sukar untuk dicintai,kerana saya bukanlah seorang yang percaya kepada kuasa cinta”
3. Maintenance tinggi
“tak salah saya menetapkan syarat yang tinggi untuk pasangan saya, kerana saya akan hidup dengan dia hingga nafas terakhir”
4. Pernah dikecewakan
“11 tahun bercinta dan akhirnya si dia berpaling kerana perempuan lain, apa kejadahnya [pinjam ayat wan kamarudin] semua itu, wajarkah saya mempercayai lelaki lagi?”
5. Mencari pasangan ideal
“ingat nak cari lelaki yang dijadikan suami ni macam pilih ikan dipasar ke?, macam pilih underware kat mydin mall ke? macam pilih blaus kat Jusco ke?”
6. Terlalu banyak pilihan
“saya mempunyai banyak pilihan, tapi semuanya berlumba lumba untuk tackle hati saya, bukan berusaha untuk tackle hati mak ayah adik beradik dan seluruh family saya”
7. Terlalu komited dengan kerjaya
“kerjaya adalah jaminan saya, beliau tidak akan tinggalkan saya sebagaimana mudahnya lelaki tinggalkan saya walaupun saya begitu setia menyintainya”
tepuk dada tanya iman, tepuk dada tanya mana yang berkenan, jangan kisah jika saya masih single, kerana sekurang-kurangnya kasih sayang saya masih belum berbahagi kepada orang sebarangan :D
.jpg)