sayang, terima kasih kerana sangat memahami

on Tuesday, January 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

sayang,terima kasih kerana sangat memahami hati kekasih-mu ini. sumpah sayang, cayang amat bahagia kerana memiliki kekasih seperti-mu. cayang percaya, carilah di serata ceruk dunia mana pun, cayang takkan jumpa kekasih yang sebaik sayang. cayang sayang sayang dengan sepenuh hati cayang. hanya sayang di hati cayang.         [ wah, nak muntah buat ayat ni, meremang bulu kaki syira, mana yang nak muntah tu, sila pergi muntah sekarang ye]
percayalah sayang, memiliki kekasih sepertimu cukup membuatkan cayang bahagia. terima kasih sayang kerana begitu touching dan sentiasa follow up kisah cayang kat blog cayang yang tidak berapa popular ini, yang hanya tunggu masa nak dikebumikan sahaja…


buat sayang yang cayang amat sayang itu…ni cayang jawab soalan sayang ye..harap sayang puas hati la lepas ni…tak mau gaduh-gaduh,kutuk sana, kutuk sini, tak cool la kan sayang..macam kecik sangat b**t**g sayang tu.

1. saya delete komen awak, tak approve komen awak, sebab awak tulis bukan-bukan, cuba tulis elok-elok, pasti syira approvenya :) . [ada ke patut awak komen penis awak besar mana, panjang mana. tak logik kan…sewajarnya syira yang baik ni delete saja…]

2. saya baca komen awak ni..okeh..yang ni saya tak delete pun.saya siap publish buat entry lagi. mesti awak suka kan :)..[mana ada orang lain saya buat entry khas macam ni tau, awak sorang saja saya buat..tipu ni..hahahah]

3. saya memang tak tahu malu, buktinya saya yang suruh ben ashaari follow saya, tu memang dah jelas saya memang tak malu. saya mengaku. [tergamak awak cakap saya tak malu, walaupun saya tak malu, saya still ada kemaluan tau, awak ada tak?]

4. bukan saya tak nak berhenti berblog, kalau saya stop jadi blogger tegar, nanti kesian kat awak lak, awak tak boleh lah nak baca dan komen entry saya lagi. kesian kat awak, awak tahu tak? saya sayang awak, sebab sayanglah saya tetap mahu jadi blogger tegar…[lihatlah betapa sayangnya saya pada awak]

5. blog saya memang bosan.ye, saya mengaku, sebab dalam blog saya ni saya tidak letak lagu, kalau ada lagu mesti feeling kan..tak pelah, nanti saya letak lagu “ taubat seorang hamba” khas untuk awak. awak hayati tau =) . [awak tahu tak?, kalau letak lagu, nanti blog lambat loading..awak tak tahu ilmu blog ni, kalau bosan tak payah lah datang lagi lepas ni ye ]

6. memang follower saya lambat bertambah, sebab kerja saya bukan cari follower, tapi kerja saya ialah blogger tegar..kalau saya kerja cari follower saya kena tukar nama  dari “blogger tegar” kepada “blogger tegar cari follower” lah pula kan….[awak rasa patut ke saya tukar kerja ni?]

7. sudah nama pun blogger tegar, mestilah saya sentiasa menyibuk pergi komen kat blog orang lain. lainlah kalau saya ni si anon yang tidak ada blog, boleh lah saya merapu merapi meraban sana sini… [sedih saya awak cakap macam tu, saya memang sedih bila orang tak balas komen kat entry saya bila saya tiap-tiap hari pergi komen entry dia, tapi saya sabar, sanggup awak cakap saya terhegeh-hegeh, tergamak awak melukai hati wanita yang sama dengan ibu awak ni]

8. perasan awak saya delete link blog blogger tersebut ye.memang tajam pancaindera dan touching betullah awak kat saya. tapi kan awak, hanya di link jom baca ini sahaja saya delete,itu masalah saya dan blogger tu,saya rasa tak payahlah awak tahu kan… tapi saya still follow blog beliau, kalau awak tak percaya, awak buka dan lihatlah blog i follow tu…ada terpampang nama blog beliau disitu. [jangan sebab saya tolak cinta awak, awak tuduh saya ada affair dengan blogger tersebut pula…tidak logik kan? awak harus tahu, tidak ada orang ketiga pun yang wujud semasa saya tolak cinta awak..mengong la syira ni..hahhaa]

9. tidak mengapalah jika lelaki itu jantan keparat dan saya memiliki hati yang busuk, sebab saya tahu, berak awak pun busuk kan? [ kalau lelaki itu jantan keparat awak pula buaya darat yang tak cukup zat kot, jika hati saya busuk, mulut awak lagi teruk]

10. terima kasih sebab sudi baca blog saya walaupun awak tidak suka sebenarnya. terima kasih sebab selongkar semua kisah keluarga saya, kisah cinta saya dan semua kisah-kisah sedih saya, dasyat la awak ni semua tahu.tapi saya tak salahkan awak.dulu memang saya cerita semua kisah keluarga saya dalam blog ni, sebab dulu blog saya ni hanya ada 12 orang follower sahaja. [terima kasih kerana ingatkan saya, demi masa depan yang masih jauh, saya dah delete semua entry yang berkaitan dengan keluarga saya dan kisah lampau saya tu.terima kasih kerana TOLONG INGATKAN AKU]

11. saya tak hot..saya cool…[ harap-harap nanti kita berselisih lah ye kat padang masyar tu, boleh lah saya tengok, besar manalah sangat penis awak tu ]

buat sayangku yang amat cayang sayangi, cayang harap sayang akan berpuas hati dengan penjelasan ini. terimalah hakikat bahawa cayang sayang ni memang blogger tegar :). jangan gaduh-gaduh lagi yea…kalau boleh cayang tak nak sayang komen entry ini.cukuplah sayang baca, sebab sayang dah jawab semua soalan sayang tu.

sudah…sila muntah darah sekarang, geli tekak leher, kaki, kepala lutut syira panggil awak sayang tau tak?..harap maaf jika ada terkasar bahasa selama saya menulis di sini, biarpun berbicara tanpa suara, bersua tanpa wajah, saya tetap merasa kesakitan itu. sampaikan saya tertanya-tanya apakah dosa saya pada keturunan awak?..oleh kerana syira ini memang berhati busuk, syira maafkan awak dari batasan hati yang paling dalam :)

p/s: patutlah ada search google sissyira, rupanya dia la kot..wah, tak leh detect la dari mana..huhu…sob sob sob…
Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved