mandi berkembang or bertelanjang?

on Thursday, January 13, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
inilah soalan sicomot-comel kepada syira bila syira bercerita kisah pergi mandi sungai..



jawapan syira?


sat syira bagi hadis no..heheh

Rasulullah s.a.w melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda Baginda s.a.w bermaksud : 
“Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah dengan-mu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.”


Larangan Rasulullah s.a.w ini membawa kepada hukum makruh mandi dalam keadaan berbogel.

Mandi telanjang jika di khalayak ramai hukumnya haram. Adapun di tempat tersembunyi atau tertutup, diharuskan dan ada juga yang mengatakan ia makruh [kalau sesuatu benda itu hukumnya makruh, dan jika ia dilakukan secara berterusan, maka ia bertukar menjadi haram].


“Allah suka menutup sesuatu noda itu dengan kebaikkan, maka hendaklah kamu menutup aurat kamu ketika mandi iaitu dengan memakai kain basahan , kerana aurat kamu itu ialah sesuatu yang buruk”


ini adalah hasil kumpulan syira sejak dahulu lagi, sebenarnya banyak lagi hadis mengenai isu mandi ini yang syira simpan, tapi bila cari tadi tak jumpa pula kat mana dia berada.


hal ini dan isu ini mungkin agak sensitif untuk dibicarakan. syira pernah dihujani oleh kawan-kawan apa yang syira bawa setiap kali nak mandi mesti macam nak pergi  berkelah je, habis bawa semua benda.


pernah terjadi pada kawan syira sendiri, beliau pengsan ketika mandi dan ketika usaha untuk mengeluarkannya di jalankan, semua angkat tangan tidak mahu, setelah diselidik, masing-masing cakap beliau dalam keadaan bogel. maka untuk mengelakkan beliau malu, kami semua bersepakat untuk menunggu beliau sedar sendiri di dalam bilik air itu. namun hampir 2 jam beliau juga tidak sedar, akhirnya seorang senior telah memanjat dari atas shower dan melempar kain ke atas tubuh kawan syira itu, dan akhirnya tubuh itu tertutup, dan operasi menyelamatkan masa diteruskan. apa yang terjadi selepas itu? kawan syira buat permohonan pertukaran politeknik kerana malu dan nasib baik permohonan beliau berjaya.

maka pesan syira, kalau masuk bilik air adalah sebaik-baiknya tutuplah apa yang patut, ini untuk diri kita juga, sekiranya terjadi apa-apa di dalam bilik air seperti kes kawan syira itu, pasti ia akan memalukan diri sendiri. cuba bayangkan, bila orang jumpa kita tanpa seurat benang  pasti ia sesuatu yang mengaibkan.

tidak kira ke mana syira pergi, syira pasti akan bawa kain basahan biru syira, dan syira cukup pantang kalau ada je orang nak kongsi guna. mungkin sebab kami adik beradik sudah dari kecil diajar bila mandi wajib berkembang, maka tabiat ini memang dah lekat sampai sekarang, pendek kata, seorang sehelai kain basahan, maka berjujuk lah di jemuran itu kain basahan kami.

masalah timbul bila semua balik kampung, pasti kain basahan syira yang jadi mangsa, alasan mudah, takkan nak bawak balik kain basahan mereka dari rumah depe kot nak balik kampung. maka redha sajalah…last last habis semua kain batik syira juga yang jadi mangsa..huhuhu….

ketika mandi sungai? syira masih boleh mandi dengan berpakaian lengkap tanpa menanggalkan tudung atau anak tudung. mandi mayat orang kata. berpakaian lengkap dari atas ke bawah dan mandi sungai. besh gila.
wahlah…sekadar bicara dari hati. ambil mana yang baik, lupakan mana yang kurang baik. yang baik datang dari DIA, yang lemah dan kurang datang dari syira.
Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan mandi berkembang or bertelanjang? di karang oleh sissyira Pada Thursday, January 13, 2011. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

32 comments

January 13, 2011 5:32 PM

nice entry...
mandi terlanjang ni takut2 kang ada yang ngintai...hooo nayaa saja...
syira, berkemban ker berkembang? hehe

January 13, 2011 6:37 PM

Mula-mula baca tajuk, ingatkan SYIRA salah taip berkembang tu..

tapi bila baca dlm entri pun sama gak “berkembang”... hmmm memang kat rumah sebut berkembang ker? (slang Tganu)

Actually BERKEMBAN, kan?

January 13, 2011 7:27 PM

Hurm, saya tak pernah berkemban

January 13, 2011 7:31 PM

lor orang ganu ghupenye..bakpo dok kabo awal2..ahaha..entry ni mmg berjayo membuatkan aku terpikir sejenak..
malaikat pon malu nak tengok bile kite mandi bogel..

January 13, 2011 8:04 PM

tringt mcm dlm ayt2 cinta..yg pmpuan 2 mndi..kazen dia rakam..nsib baik mndi berkemban..syira..kiwi jenguk sini tau ^^

January 13, 2011 8:11 PM

hahaha...nak tergelak baca komen IMANSHAH tuh...

betul yuh syira...

jom mandi beramai2...
miahaha...

January 13, 2011 8:12 PM

lor demo ore ganu ko patut la he3....

January 13, 2011 8:24 PM

Btol2 tu Syira..
Peringatan yang sangat bagus..
Kadang2 org amek mudah pasal hal ni..

xelok mandi b*g*l..

Ingatlah, sebab ada makhluk yang hidup dialam lain yg nampak kite,kite xnampak die..
Huuu~~takut x??hihi..

Lagi satu,kalau xmalu dengan org,tp malu la pada malaikat[raqib & Atid] yg sering berada bersama dgn kita..:)

January 13, 2011 8:26 PM

bahaya jugak kalo jd macam kawan syira tu.. mmg malu lah kan.. :|

January 13, 2011 8:45 PM

hehehe..betul tu, but sbb da terbiase..tp sorg2 la lam bilik air tu..ehe..

January 13, 2011 9:30 PM

amboi dia punya tajuk...bikin panas je...saya mandi sungai telanjang...masa budak2 belum baligh dulula...

January 13, 2011 9:31 PM

fasal mandi eh...kejap nak fikir kejap...mandi telanjang eh...kejap nak fikir kejap...ala...alang-alang mandi biar basah. telanjang aje lah asal tertutup. tapi tertutup dengan batu, kalau papan atau zing, jangan harap sebab zaman sekarang ingatlah perempuan, banyak telah lulus ujian tebuk menebuk. Batu pun kadang-kadang ditebuknya. tak boleh tebuk dipasangnya pesawat pengintip tanpa juruterbang!

January 13, 2011 9:35 PM

:D

January 13, 2011 10:05 PM

tq 4 sharing =)

January 13, 2011 10:51 PM

lak..org ganu gop??tehee...berkemban itu biase dipraktikkan...hehehe..tp malu gak...

January 13, 2011 11:19 PM

setujuuuuu....

January 14, 2011 12:03 AM

slm sggh ya sahabat comel!tqvm ye dgn n3 ni..ngs slg ingat-mengingati.alhamdulillah!

January 14, 2011 12:04 AM

pernah jugak dengar pasal mandi tanpa seurat benang ni..tapi berdasarkan pengalaman kawan cik syira tu..memang kita boleh nampak salah satu hikmah dia kan.. thanks or sharing..:)

January 14, 2011 12:10 AM

teringat filem Raja Azmi yg baru, pernah cetuskan kontroversi sebab ada adegan mandi bogel..huhu

January 14, 2011 12:30 AM

heee~ nice info sisyira!!

January 14, 2011 12:37 AM

Okey dah buang link blog aku. HAHA.
Nice to meet you!

January 14, 2011 12:55 AM

huhu..
bahaya jugak bley pengsan masa mandi bogel.. adeyhh..
moga jd pngajaran utk diri sy sindri.. haha.. ;-p

January 14, 2011 1:06 AM

hurm... satu lagi bnda dlm kehidupan seharian kite yg kite semua selalu terlepas pandang.
kalau search pasal mandi ni, ada juga perbezaan pendapat antara ulama2..
tp rasanya baik kte refer kat Rasulullah aja kan, Rasulullah s.a.w. pon xpnah lihat aurat baginda sendiri..

tq for sharing this~

January 14, 2011 1:07 AM

setuju...berkembang1 hehehe

January 14, 2011 2:19 AM

haaa mandi sungai mesti berbaju lorrr..

January 14, 2011 9:45 AM

bahaya lah kalau jadi mcm kawan syira tu. mmg kena maluuu

January 14, 2011 10:57 AM

mandi sungai pakai tudung skali xde hal pon kan.lagi2 ade tudung yg senang nak pakai tu.tudung ala-ala ariani tu

January 14, 2011 12:19 PM

kalau mandi pkai kain pun basah..melekap kat badan..aurat jgk tu kn??

January 14, 2011 9:41 PM

betul =)
tq 4 sharing kisah kwn anda 2..huhu..

January 15, 2011 2:30 AM

salam

ambil mana yang baik, entry ini bukan untuk menghentam sesiapa....

May 25, 2011 9:21 AM

@sissyira

March 29, 2012 3:20 AM

memang sebagai langkah berjaga-jaga pun ni :)

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO