jemputan ke majlis perkahwinanku

on Monday, January 10, 2011

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..


bertarikh 3 febuari 2011 ini
syira menjemput semua blogger yang berada di terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan yang di anggap wedding of the year  oleh bakal pengantin yang amat manis ini.

kehadiran  anda semua amatlah dihargai bagi memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini :D

segala maklumat untuk penghantaran kad kawin boleh ditinggalkan di ruangan komen..terima kasih di atas kerjasama yang diberikan :D

masa bangun tidur tadi, kaki tersepak sesuatu, bila diamati nama di luar sampul surat itu nama syira yang manis, tapi pelik kan, sampul surat putih begini biasanya jemputan kawin, siapa pula yang akan kawin ni..huhu..

laju je syira buka sampul surat tu dan  amat terkejut la, rupanya sahabat lama, sahabat semasa di sekolah menengah dulu, last kami berjumpa tahun 2001 dan tidak sangka beliau masih mengingati diri ini. sebenarnya syira teruja bila ada kawan yang masih mengingati diri kita walaupun masing masing jauh terpisah dan masing masing ada komitmen yang berbeza.

cuma yang syira agak terkilan, di kad kahwin itu sudah di catat nombor hp pemilik badan, sudah dimesej sudah di call tapi langsung tidal berangkat, lalu syira mengadu pada anak sedara syira

S : along, apa makna hantar kad kawin, tapi bila mesej bila call tak angkat, nak harap dia call balik matilah dee
A : dee ni fikir negetif sokmo, mana tahu kawan dee tu sibuk ke, dia tinggal telefon g lain ke, kredit dia habis ke
S : bukan dee fikir negatif, tapi kalau sibuk takkan 24 jam 7 hari seminggu sibuk, kalau tinggal telefon g keluar rumah pun, takkan keluar tak balik balik, pakai prepaid, takkan seminggu sekali tak top4 kot.
A : kot kot pitis dia habis doh kot beli barang kawin, wat kawin mewah mewah sangat kot.

akhirnya syira tergelak, kamu ni kan memang suka buat mak sedara kamu tersenyumlah bila luah masalah pada kamu. biarlah, jika ada rezeki dan jika ALlah bukakan hatinya untuk call syira, syira harap kami masing masing belum terlambat untuk berjumpa

buat sahabat lamaku khatijah ali
selamat pengantin baru, semoga mahligai yang dibina bersama suami tercinta itu akan berakhir di syurga yang kekal abadi :D
Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved