akhirnya
hari ini genaplah 37 tahun [ sila jangan percaya ] syira menghirup udara segar di atas bumi Tuhan ini
terima kasih Tuhan kerana memberikan saya kenikmatan hidup yang tidak terhingga buat saya...
sebagai insan biasa
saya tidak dapat lari dari pelbagai ujian hidup yang menimpa
namun semua itu saya simpan sebagai penguat untuk saya teruskan kehidupan.
memulakan dunia blog hanya dengan 12 orang follower ketika itu
dan memang langsung tidak bertambah
lantaran kerana saya sendiri tidak aktif berblog.
sehingga 2 tahun saya hanya mampu mencapai 36 orang follower
namun saya tidak kisah
kerana blog saya hanyalah sekadar tempat untuk saya memuntahkan segala isi hati saya
akhirnya
pada 14 november 2010 yang lalu
saya mencetuskan kontrovesi apa bila internet ada dihujung jari
saya memulakan kembali aktiviti berblog saya yang telah lama saya tinggalkan
jika sebelum ini saya memperuntukkan 1 jam @ rm 1.00 sehari untuk ke Cybercafe semata-mata untuk buka blog, kini saya mampu tersenyum puas kerana kini saya tidak perlu lakukannya lagi.
akhirnya sehingga hari ini
follower saya telah bertambah dengan sendirinya
memang ada blog yang kita follow mereka dan mereka tidak follow kita balik,
mula-mula syira agak terasa
namun lama-lama syira faham,
itu adalah sesuatu yang tidak boleh disuruh atau dipaksa
sebab semuanya datang dari hati :D
hakikat yang pasti
blog saya tidak sehebat mereka mereka itu
blog saya hanya sekadar blog biasa yang nak tengok 10 online now pun payah
tapi apa pun saya tetap bersyukur.
kerana sekurang-kurangnya masih ada yang membaca blog saya ini .
sasaran saya untuk mencapai 1000 follower sehingga hujung ini di harapkan menjadi kenyataan
tapi saya tetap memegang kepada prinsip
biar sikit asalkan tidak menyakitkan
biar sedikit asalkan ada ukhwah
dan akhirnya
syira telah berjaya melahirkan www.sissyira.com
telah lama syira ingin menubuhkannya
dan akhirnya tahun baru telah memberi syira kekuatan untuk memilikinya :D
maka secara rasminya, hari ini syira bersiaran dengan menggunakan domain baru syira ini :D
kenapa sissyira?
kepada yang telah terbiasa memanggil syira adik tu, teruskanlah
kepada yang terbiasa panggil kak, kakak pun teruskanlah
kepada yang terbiasa panggil syira itu pun teruskanlah
kepada yang terbiasa panggil cik syira pun teruskanlah
kepada yang terasa nak panggil puan syira, oopppsss sila abaikan ye...hahah..
untuk terakhirnya
salam persahabatan maya untuk semua yang sudi menjadi sahabat maya syira :D
kepada yang email nak jumpa syira tu, syira minta maaf bebanyak, syira rasa syira belum bersedia untuk itu, cukuplah buat masa ini kita berbicara disini sahaja, insyallah, semoga suatu hari nanti kita akan bertemu jua andai Tuhan telah tetapkan begitu :D
.jpg)
