Cinta Semalam – Episod 2

on Sunday, January 30, 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya.. Cinta Semalam E1..

“Mia, nah chipsmore dan air oren, makanlah. Mia belum lunch lagi kan?” Arman menghulurkannya kepada Mia. Mia terdiam seketika. sudah beberapa kali beliau pesan kepada Arman agar tidak berbuat begitu lagi. tapi Arman tetap degil. nasihat Mia langsung tidak diendahkannya. “kenapa? Mia tak suka ke?” Mia mencebik bibirnya, sudah cukup untuk memberi pengertian yang dirinya sedang marah. “makanlah Mia, Man tak letak ubat guna-guna pun” . Mia tersentap. Arman terus berlalu pergi.

Mia bingkas bangun sambil mengambil chipsmore and air oren itu, belum sempat Mia buang ke dalam tong sampah, Anuar meragutnya di tangan Mia, “eh Mia, kalau kau tak nak makan, bagi aku je makan, benda free ni.” Mia masih diam,menahan marah dihati, tiba-tiba Arman menyampuk, “Nuar, aku belikan untuk Mia, bukan untuk kau”. Ketika itu Mia menyedari suara Arman lebih keras daripada biasa. “dah Mia tak nak daripada dia buang baik aku ambil makan”. Nuar cuba mempertahankan dirinya. “aku lebih rela lihat Mia buang daripada lihat kau makan, aku sudah biasa, setiap hari memang Mia bertindak begini!!!”. Mia hanya diam, sungguh Mia tidak menyedari bahawa Arman melihat gelagatnya ketika itu.

“Wah betina ni, sedang menggatal dengan laki je kerja dia” laung Fatimah dari jauh.Barangkali sudah lama Faty melihat komplot itu.Mia sedikit tersentap. “betina mana?” laung Arman kepada Faty. “depan mata ko tu bukan betina ke?” juih Faty sambil mengarahkan kepada Mia. “sedap mulut ko panggil orang betina. sekali lagi aku dengar ang panggil Mia betina, siap ko aku kerjakan”, Arman bersuara keras sambil memberi amaran kepada Faty. 

Faty menghampiri Mia. tanpa rasa bersalah Faty melanggar bahu Mia. Mia dapat menangkap ugutan Faty “kalau aku tengok ko sembang dengan Arman lagi, habis motor kau aku kerjakan”. Mia tersentap. sungguh  di lubuk hatinya Mia tidak pernah terfikir untuk merebut Arman daripada Faty. namun Mia tidak tahu kenapa Arman begitu tergila-gilakannya. “maafkan saya Faty, saya rasa Faty salah faham, saya tidak menggatal dengan Arman, saya mahu membuang apa yang Arman bagi ni, tu saja, saya harap Faty faham”. aku menegaskannya kepada Faty. aku tidak mahu Faty berterusan salah faham dengan aku. mustahil aku akan lukakan hati Faty, kaum sejenisku itu.

Kulihat mata Arman sayu sekali.Aku menahan sebak di dada. “maafkan aku Arman kerana melukakan hati mu, aku tahu kau begitu ikhlas cinta ku, tapi aku tidak berdaya untuk menerimanya demi sebuah persahabatan,aku sayangkan kau dan aku juga sayang Faty”, Mia berbisik di dasar hatinya. “Man, maaf kan Mia, Mia rasa lepas ni Man jangan buat macam ni lagi, Mia tak nak sakitkan hati Faty tu, dia kawan Mia, kalau Man sayangkan Mia, Man kerana terima Faty”. akhirnya terluah juga bicara ku itu pada Arman.

“Man sudah bosan dengar alasan Mia tu, masuk ni sudah kali ke berapa Mia cakap benda tu pada Man, tidak Mia, kalau Mia tidak sanggup terima Man sekalipun, Man redha, tapi Mia jangan paksa Man terima Faty, jika Man tidak mampu memiliki cinta Mia secara sah, cukuplah Man menyintai Mia dari jauh”. luah Arman sambil memandang tepat ke mata ku. ku lihat ada bening dimatanya. “jangan sesekali kau menangis kerana ku Arman, kerana aku pasti bersalah kepada Faty jika aku terima mu,dan aku akan lebih bersalah jika aku melukakan hatimu” Mia bermolog di dalam hatinya.

“Mia, ang ni kenapa, Arman dah tergila-gilakan kau sangat-sangat tu, kenapa kau menolak dia tanpa sebarang pun kesempatan kau berikan kepada dia” sampuk Nuar. mungkin Nuar sudah muak melihat aksi kami berdua. “ang tak faham Nuar” tegasku. “kau nak jaga hati si Faty tu kan?, habis tu hati kau, hati Arman, sapa nak jaga?” Nuar seolah-olah tidak puas hati dengan penjelasanku. “aku terpaksa Nuar”. tuturku. “kau memang ego Mia, kau menindakkan perasaan sendiri, padahal aku nampak kau juga cintakan Arman”. Nuar meluah lagi.

“aku tidak perlu jawab semua itu, biarlah semua rasa itu menjadi rahsia dihatiku”, terima kasih sebab prihatin padaku. “rahsia apa Mia?, kau sengaja nak sakitkan hati Arman kan?”. Nuar meluah lagi. “Nuar, dah la, jangan paksa Mia, aku sudah biasa dengan kerenah dia, aku akan sabar menunggu sampai hatinya terbuka untukku” bicara Arman pada Nuar. Mia mengambil peluang itu untuk berlalu pergi. Namun Mia masih mampu menangkap ungkapan terakhir yang keluar dari mulut Arman itu. 

 “di hati ini hanya Tuhan yang tahu, di hati ini aku rindu pada mu, tulus sanubari…” , Mia tersentak dari lamunan yang panjang. Ketika itu baru Mia tersedar bahawa handphone itu menjerit garang minta diangkat.. cepat-cepat Mia mengangkat panggilan di handphonenya itu….bersambung….

syira qahira : bertahun-tahun sudah syira tinggalkan dunia penulisan…sungguh otak ini sudah hampir berkarat ketika mahu memulakannya kembali. maaf jika anda bosan membacanya.syira terpaksa bermula dari bawah kembali.
Ranking: 5

Bingkisan Dari Syira: sissyira | Rahsia Hati

Bingkisan Cinta Semalam – Episod 2 di karang oleh sissyira Pada Sunday, January 30, 2011. Menulis apa sahaja yang dirasakan betul. Bukan untuk sesiapa. tapi untuk diri sendiri sahaja. Jika ada yang suka membaca, terima kasih. Jika tidak, abaikan sahaja..Ingin berkongsi yang bermanfaat sahaja.

:: Get this widget ! ::

18 comments

January 30, 2011 10:05 AM

syira kena TAG !

http://sicomot-comel.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html

p/s: tak sempat nak bace entry ni. nnt SCC baca lain kali eh..=D
sowi syira cyg :/

January 30, 2011 10:36 AM

“di hati ini hanya Tuhan yang tahu, di hati ini aku rindu pada mu, tulus sanubari…”

rasa sebak sgt
:(

January 30, 2011 10:38 AM

syira kene TAG !

http://sicomot-comel.blogspot.com/2011/01/special-giveaway-from-moscow.html

January 30, 2011 10:50 AM

wah seronokla ade y ske

faty tu mmg tk sdr diri

susa cinte tge segi ni

January 30, 2011 11:56 AM

wah
ade novel sndiri!
besh2!

January 30, 2011 12:16 PM

cerpen ni join kontes ke dik?
jika begitu..semoga berjaya deh..

pandai kamu buat cerpen..bagus utk legasi anak2 muda suka pada penulisan kreatif..akak ni cikgu BM..salu gak galakkan anak2 murid buat cerpen..hehee

January 30, 2011 2:27 PM

wow .
boleh buat cerpen .

January 30, 2011 3:27 PM

buat cerpen la syira heee

January 30, 2011 6:28 PM

wah sis..gudluck..teruskan berkarya!

January 30, 2011 6:35 PM

keep it up..saya pun nak menulis cam syira gak tapii belum cukup berbakat kot..he3..jes tulis dalam microsof words je..peram lama dah..he3.I sokong u syira..bes gak citer yg syira wat tu :P

January 30, 2011 8:01 PM

Memang wujud orang macam atas ni kan! Benci lah. =.='

tetiba emo. Haha :D

January 30, 2011 9:23 PM

akak x minat baca cerpen hhuhuh
ngantukkk

January 30, 2011 9:33 PM

kesiannya Mia..
tak suka watak seperti faty...sangat menyampah...

PS: kak suka layan novel..teruskan menulis...ya

January 30, 2011 9:41 PM

as-salam..
perghh!! hebatla syira nih.. mmg akk tabik spring la kat syira nih.. good job.. keep it up.. :)

January 30, 2011 9:45 PM

siyes k edah bertahon tinggal tapi skill still dasat ni..

January 30, 2011 9:49 PM

nice story..truskan.hihi

January 30, 2011 9:55 PM

sis memang berbakat jd penulis cerpen/novel..teruskan

January 30, 2011 9:56 PM

wah..best2

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira Blog | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO