anda teringin memiliki domain sendiri? tapi anda tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan nama domain yang terbaik untuk anda? sila baca tips yang syira sediakan ini :) . semoga tips cara memilih nama domain yang terbaik ini mampu membantu anda membuat keputusan yang bijak.
1. pilihlah nama yang mudah diingat dan tidak pelik. seeloknya elakkan combine di antara huruf dan perkataan seperti abc9734 @ abc_3765 . sebaiknya carilah satu nama apabila sekali anda sebut, orang akan terus ingat dan mudah di sebut.
2. pilihlah nama dengan relevan dan bijak. jangan pilih sesuatu nama kerana anda rasa nama itu kelakar dan lucu semasa anda membelinya, kerana takut suatu hari nanti dia tidak lagi menjadi lucu.
3. jika website anda dibina untuk tujuan perniagaan, maka gunalah url yang mengambarkan perniagaan anda. ini ilmu bisnes ni, students bisnes mesti belajar kan. sebagai contoh, anda buka perniagaan kasut tumit tinggi, url yang boleh digunakan adalah seperti http://www.highheel.com/ atau http://www.kasut.com/ dan sebagainya. yang penting, biarlah di menunjukkan kepada bisnes yang anda jalankan. ingat yea, kadang-kadang nama yang kita suka tu sudah diambil orang lain. jadi di sini kita perlu kreatif dalam mencipta url kita sendiri.
4. lagi pendek url kita, lagi bagus sebenarnya. walaupun syarat yang di tetapkan tidak lebih 10 huruf, sebenarnya lagi pendek lagi mesra. hanya url je okeh. tapi kalau lelaki pendek, kurang menarik minat orang perempuan.hahah
5. setelah anda sudah tentukan nama url yang ingin ada guna, silalah pergi check di WEB ini. disini akan memberitahu anda berapa peratuskah mesranya url yang anda pilih itu.
sebagai contoh:
sissyira.com ialah A dengan 90% +++�
jadi nama yang syira pilih ini adalah betul.hehehe�. [terima kasih kepada ciktom yang bagi url web ni pada syira]
sekian dulu untuk kali ini. setelah membacanya, syira harap anda semua telah dapat tips dan idea untuk memilih nama domain yang terbaik untuk anda sendiri.
sebelum ini kita telah didedahkan dengan kelebihan berdomain, sekarang dengan cara memilih nama domain dan lepas ni syira akan ceritakan pula di mana anda boleh beli domain ini.
kepada anon tu, terima kasih kerana peka dengan syira, sayang awak sangat-sangat, tapi janganlah sampai menghina orang lain ye =) , nanti syira sediakan entry khas untuk awak faham segalanya...
.jpg)