pejam celik pejam celik tahun 2011 kini datang menjengah tanpa rasa segan
jauh disudut hati
syira mula menangisi waktu yang telah berlalu
kerana waktu itu
terlalu cemburu untuk memberikan daku walau secebis kasih sayang
sorotan tahun 2010 bukanlah kenangan yang terindah dalam hidup ini
tidak pernah sekali daku menentang takdir Tuhan
apatah lagi menafikan segala apa yang telah tersurat ke atas diri ini
namun jauh disudut hati
daku sering bertanya
kenapa dalam berjuta-juta umat di dunia ini
gadis kecil yang tidak punyai apa-apa ini yang sentiasa diuji dan teruji
sungguh
kerana ujian itu
daku menjadi semakin kuat dan keras
kuat dalam meniti liku-liku kehidupan yang tiada lurus jalannya
keras kerana daku tidak mudah jatuh tersungkur walaupun perit untuk dilalui jalan jalan itu..
jika berbicara tentang alam kehidupan nyata
daku tidak mampu untuk bersuara
cukuplah sekadar air mata dan diam membisu itu memberi jawapan yang nyata
barangkali tiada sesiapa pun yang mengerti
atau barangkali daku yang terlalu simpan dihati :(
dalam hati
daku tidak pernah berhenti berharap
agar suatu hari nanti,
hati ini terbuka untuk memaafkan segala dosa ayahku kepada kami semua
dan daku juga sentiasa berharap agar ayahku memahami hati anak anak nya yang telah berpuluh puluh tahun dia lukainya...
kenapa begitu sukar untuk beliau memahami dan merasai segala pengorbanan yang telah kami lakukan sehingga penderitaan yang teruk ini beliau berikan :(
dan jika berbicara tentang alam maya ini
syira tidak menjadikan ini sebagai medan untuk syira mengukir bahagia
alam maya ini hanyalah sekadar tempat untuk syira melarikan diri daripada segala masalah
alam maya ini adalah tempat untuk syira mencipta sedikit kebahagiaan di sebalik luka yang mengunung di hati :(
dan di alam maya ini
syira ketemui ramai insan yang begitu bertuah hidupnya
dan di alam maya ini
syira semakin dapat merasai sedikit kasih sayang di hati..
pernah give up untuk terus berada disini kerana kisah INI
pernah juga give up kerana blog ini jarang diterima komen
pernah give up kerana blog ini trafficnya tidak seperti blog orang lain
namun semua itu hanya sementara lantaran kerana diri ini tidak punyai sesiapa
lakaran pena ini diteruskan demi sebuah pengembaraan yang masih jauh.
alhamdulilah,
masalah itu selesai jua jika kita berani bersuara
segala rasa yang ada dalam diri syira sudah lama mati
cukuplah sekadar syira berada dipinggiran hati asalkan tiada sesiapa yang dilukai..
selamat tinggal tahun 2010 yang berlalu dengan membawa sejuta azam yang tidak pernah tercapai
selamat datang tahun 2011 dan semoga tahun ini Tuhan menyediakan sedikit ruang kebahagiaan untuk si gadis yang serba daif ini :)
terima kasih Tuhan kerana lahirkan daku dari rahim ibuku, kerana sekurang-kurangnya daku masih mampu bersyukur dilahirkan didunia ini dengan mempunyai ayah dan ibu :D
terima kasih kepada abg ben yang menjayakan begitu banyak segmen hingga membukakan hati syira untuk terus berada di arena ini
terima kasih kepada semua yang mengikuti syira secara sukarela
terima kasih kepada yang sudi singgah dan komen di setiap entry syira tanpa perlu syira memaksa
terima kasih kepada yang sentiasa menegur syira supaya sentiasa berubah kepada yang lebih baik
terima kasih kepada yang pernah lukakan hati syira
terima kasih kepada yang pernah menjauhi syira
terima kasih kepada mereka yang pernah mengutuk syira
terima kasih kepada semua yang syira kenal di arena alam maya ini
biar bertemu tanpa wajah dan berbicara tanpa suara, kita masih punyai rasa yang sama, atas talian silaturahim inilah ,kita masih disini... selamat tahun baru 2011






.png)












