Sakitkah Putus Cinta

on Wednesday, September 10, 2008

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..


Sakitkah Putus Cinta
Sakitkah Putus Cinta

Ulasan Sakitkah Putus Cinta terhasil setelah membaca petikan kosmo 17 Januari 2009.

Saya mulakan kehidupan hari ini dengan lafaz syukur kepada ALLAH S.W.T yang MAHA di atas segalanya. Syukur kerana masih berikan saya kesempatan dan telah selamatkan saya dari kesusahan yang saya cipta sendiri. Kenapa saya bercakap sedemikian? Saya berkata begini kerana suatu ketika dahulu saya juga pernah mengalami keadaan yang sama.

Pertama kali masa saya melihatnya di hadapan muka kosmo. Hati saya meruntun sedih, sedih kerana saya memahami bahawa putus cinta itu, sakitnya bukan macam terkena pisau, tapi sakitnya luka itu umpama sakit gigi.

Kenapa saya cakap mcm tu!! saya menyatakan sedemikian kerana bila kita sakit gigi, kita tidak mampu untuk fikir benda lain lagi dalam hidup kita..kita tidak boleh buat apa satu kerja pun pada masa tu..kalau silap orang usik..mau ditempelaknya. Dunia jadi sasau seketika. Begitulah perumpamaannya bila sakit putus cinta dan kecewa.

Saya mendoakan kepada semua yang belum pernah bercinta, yang sedang ingin bercinta, yang sedang bercinta, yang sudah putus cinta dan kepada MEREKA yang tidak mempercayai apa itu cinta. "LETAKLAH CINTA ANDA ITU KEPADA ALLAH!.CINTA YANG PALING KITA RINDUI BUAT SEUMUR HIDUP INI"

"Dunia tidak mampu bersuara, tapi percayalah selagi anda setia dengan cinta anda, meskipun akhirnya anda dikecewakan, percayalah bahawa cinta itu dan si dia itu juga bukanlah yang terbaik untuk anda! Tanam dalam diri, pasti si dia yang terbaik itu tidak hadir sekarang kepada anda kerana mahu menyiapkan dirinya menjadi toyyibbun untuk wanita yang tayyibaat seperti anda..."
Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved