Jangan Takot

on Monday, September 15, 2008

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..


Jangan Takot



salah ke kalau saya menolak kehadiran cinta dalam hidup saya ?...
salah ke saya  membenci cinta kerana saya pernah terluka kerana cinta?..
salah ke saya menganggap cinta itu hanyalah sebuah cebisan kehidupan?...
cinta yang saya bicarakan itu ialah cinta kepada manusia...


Tapi bagi sayaandai benar tiada lagi cinta untuk saya dalam kehidupan yang sementara ini..  saya sentiasa berkata pada diri saya "janganlah kau takut dan lari bersembunyi diri..tapi yakinlah pada diri..Cinta ALLAH saja sudah cukup untuk membuatkan dirimu bahagia dan merasa aman..."...sebab saya  yakin..ALLAH sekalipun takkan melukakan hati saya....

Saya pernah berdoa siang dan malam. Saya menangis di sejadah hampir air mata kekeringan. Semuanya kerana apa??? semuanya kerana cinta kepada manusia!!..sedekad berlalu..ALLAH tetap tidak menunaikan doa saya. Saya hampir putus asa hinggalah saya tersedar..."ALLAH bagi apa yang kita perlu..bukan apa yang kita mahu. Kerana barangkali apa yang saya mintak itu, saya merasakan baik untuk saya,padahal ALLAH merasakan sebaliknya..sebab itulah DIA tidak menghadirkannya kepada saya. Kerana saya yakin..selagi   saya  tidak dapat apa yang saya nak..sebenarnya ALLAH sedang menguji iman saya pada-Nya"

Sedekad masa berlalu. Saya yakin dalam menepuh kehidupan ini walaupun saya masih bersendirian dalam meniti liku kehidupan..

"Cinta itu memang buta..namun kita manusia di berikan akal dan fikiran untuk berfikir..menilai,memandu dan menjadi mata kepada cinta agar ia sentiasa berada di landasan yang betul..cinta itu akan indah jika kita tidak cemarinya dengan dosa dan noda..."
Ranking: 5


Mahu Dapatkan Shisiedo Black Murah Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Paling Murah Iaitu Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-9543400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Syira All Rights Reserved