KasiHnya Tiada Ganti

on Sunday, August 31, 2008

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..


KasiHnya Tiada Ganti
KasiHnya Tiada Ganti

Dedikasi Cintaku Untukmu ibu ratu hatiku...


SEMASA AKU BELUM KAHWIN
 
Orang kata aku lahir dari perut ibu.. 

Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu 

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu! 

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu 

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu 

Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu 

Aku selalu teringatkan ..Ibu 

Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... 

Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! " 

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu 

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu 

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu 

Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu 


AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI 

Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu 

Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu 

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku 

Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu 

Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu 

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku 

Entah bila.. aku nak talipon Ibu Selalu...
aku belikan hadiah untuk pasanganku 

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku 


Renungkan: Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu....
Ranking: 5

Mahu Dapatkan Shisiedo Black Untuk Kegunaan Muka Anda? Dapatkan Sekarang Dengan Harga Promosi Untuk Kegunaan Anda Dengan Harga Rm1.00 Sekeping. Hubungi syiraqahira@gmail.com atau mesej syira di 017-953 3400 sekarang!!!..

Posting Paling Tinggi Viewnya :
Ping your blog, website, or RSS feed for Free

3 comments

October 19, 2008 at 3:07 PM

aiiii

January 5, 2009 at 12:37 AM

salam..sajak yg sarat dengan pengajaran..

June 19, 2012 at 5:05 PM

Askm. Selamat berkenalan. Lumrah manusia akan lebih terasa bila kehilangan. Masih lg berpeluang sedekahkan bacaan al-Quran pada arwah ibu dan ayah. Insyaallah mrk akan berbahagia mendengarnya.

Post a Comment

Salam..terima kasih kerana sudi tinggalkan komen disini :)

Tunggu kunjungan balas daripada Datin Syira okeh!!

 
© Syira All Rights Reserved